• Ketahui 5 Jenis Makanan Superfood Untuk Buatkan Anak Lebih Pintar Sejak Di Dalam Kandungan Lagi

    Salam semua.
    Bagi mama dan papa, memiliki anak  yang sihat dan pintar memang menjadi idaman. Semenjak bayi lahir sehinggalah besar, perkembangan fizikal dan mental mereka sentiasa menjadi perhatian.  Apabila anak mempelajari sesuatu dan mula pandai membuatnya, ianya merupakan satu kegembiraan buat mama dan papa.

    ‘Anak kita dah pandai senyum lah bila panggil namanya’
    ‘Anak kita dah pandai sebut mama lah’
    ‘Anak kita dah pandai tunjuk mama bila nak susu’
    ‘Anak kita dah pandai berjalanlah’

    makanan-untuk-bayi-pintar-seawal-dalam-kandungan

    Tahukah mama dan papa, kecerdasan dan kepintaran otak bayi sebenarnya bermula seawal bayi di dalam kandungan lagi. Pertumbuhan dan perkembangan otak bermula dengan pembentukan  neural plate embrio sekitar hari ke-16 selepas disenyawakan. Kemudian ianya  mula membentuk neural tube pada hari ke-22. Hari demi hari, minggu demi minggu, proses pembentukan saraf dan otak bayi semakin berkembang pesat sehinggalah ianya lengkap semasa dilahirkan.

    Oleh yang demikian, mama perlu mengambil berat akan pemakanan walaupun sebelum kehamilan lagi. Ini penting bagi memastikan proses perkembangan otak bayi berjalan dengan lancar dan sempurna.


    5 Jenis Makanan Mama Perlu Amalkan Sebelum dan Semasa Dalam Kandungan


    Ketahui 5 jenis makanan yang perlu mama amalkan seawal merancang kehamilan, semasa hamil dan juga semasa penyusuan bayi.

    1. Acid Folic

    Acid folic adalah nutrisi penting dalam pembentukan sel otak. Ia juga sangat penting untuk memastikan bahagian saraf tunjang bayi terbentuk dengan sempurna. Malah ibu perlu mengambilnya seawal 3-6 bulan sebelum hamil hinggalah bulan ke 3 kehamilan. Dos yang ibu perlukan adalah sekitar 400mcg sehari.

    2.  Makanan Kaya Omega 3
    Omega-3 pula sangat penting dalam penghasilan grey matter dan pembentukan neuron. Sel neuron ini berfungsi sebagai penghubung dan penghantar maklumat daripada otak kepada sel saraf yang lain.  Antara sumber utama Omega 3 ialah Minyak Ikan Omega 3.  Oleh yang demikian pakar sangat menyarankan agar Ibu Hamil menambah supplemen Minyak Ikan semasa kehamilan. Baca lebih lanjut di sini bagaimana  grey matter membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak anak-anak.

     minyak-ikan-semasa-hamil

    3. Protein
    Semasa hamil, tubuh ibu memerlukan lebih protein untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan sel-sel baru  bayi termasuk di bahagian otak.  Pengambilan protein yang mengandungi asid amino lengkap sangat membantu sel-sel baru berkembang dengan sihat dan sempurna.

    4. Makanan Kaya Zat Besi
    Zat besi adalah nutrisi yang sangat penting semasa kehamilan. Ianya diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh bahagian bayi termasuk otak bayi. Kekurangan oksigen pada bayi boleh memberikan kesan yang negatif kepada IQ bayi.

    otak-manusia


    5. Kalsium

    Pengambilan kalsium bukan sekadar penting untuk kesihatan tulang dan gigi bayi tetapi juga kepada otak. Kalsium memainkan peranan penting dalam penghantaran isyarat/signal pada sistem saraf terutama di bahagian otak. Kalsium yang mencukupi diperlukan untuk otak  berfungsi dengan baik di samping mengelakkan gangguan kepada sistem saraf.

    Jadi mama, pastikan mama sentiasa menjaga pemakanan dengan baik. InsyaAllah bila bayi lahir dengan sihat dan  perkembangan otak yang sempurna, tugas kita ibu bapa untuk mendidik mereka adalah lebih mudah. Proses ini tidak terhenti di sini tetapi pembelajaran akan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka. Kita ibu bapa juga akan terus menerus belajar untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dan sempurna.

    siap

    Pengambilan Set Kehamilan Shaklee juga dapat membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh Mama yang ingin hamil dan semasa kehamilan.

    set-hamil-shaklee

    Inginkan Set Vitamin yang lengkap untuk kehamilan? Wasap Mek ila hari ini: 012-8943453.

    (Visited 280 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Ketahui 5 Jenis Makanan Superfood Untuk Buatkan Anak Lebih Pintar Sejak Di Dalam Kandungan Lagi

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge