• Ketahui 6 Sebab Utama Susu Merundum, Milkbooster Bukan Penyelesaian Utama

    Assalamualaikum semua.
    Kebelakangan ini Mek ila sering menerima pertanyaan tentang milkbooster. Biasanya bila susu merundum, ibu ibu mula panik dan terus mencari milkbooster. Hakikat sebenarnya ada banyak sebab mengapa susu ibu boleh merundum, dan milkbooster bukanlah penyelesaian bagi setiap punca yang menyebabkan masalah susu merundum ini. Sekiranya masalah susu merundum disebabkan oleh perkara yang tiada kaitan dengan milkbooster, maka tidak hairanlah jika pengeluaran susu mama masih bermasalah walaupun telah bermacam-macam milkbooster yang dicuba.

    tips-atasi-susu-merundum

    Jadi hari ni Mek ila nak kongsikan secara lebih detail tentang sebab-sebab mengapa susu ibu boleh merundum dan beberapa tips penyelesaiannya. Yakinlah bahawa penyusuan ini mudah andai kita ada ilmu dan mahu menjayakannya. Malah penyusuan susu ibu selama 2 tahun penuh bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai ibu-ibu yang telah menjayakannya termasuk Mek ila sendiri.


    6 Sebab Utama Susu Ibu Merundum

    1. Ibu Gagal Penuhi Konsep Supply vs Demand
    Masih ramai ibu-ibu yang kurang faham tentang konsep utama ini. Susu perlu dirangsang secara konsisten  bagi memastikan bekalannya adalah  berterusan. Rangsangan ini boleh dibuat melalui kaedah penyusuan terus atau mengepam apabila bayi tiada bersama ibu. Penyusuan terus mungkin tiada masalah kerana bayi bersama mama dan mama perlu memberikan penyusuan mengikut permintaan bayi.

    Yang sering menjadi masalah adalah bila mama di tempat kerja dan perlu mengepam. Antara kesilapan yang sering berlaku tanpa mama sedari ialah:-

    a. Tidak berdisiplin dalam mengepam
    Katalah jadual mengepam mama adalah pada jam 7.30 pagi, 11.30 pagi dan 3.30 petang. Melambat- lambatkan kan waktu mengepam akan menyebabkan gangguan kepada supply dan demand.

    b. Jarak masa mengepam terlalu jauh
    Bilangan sesi mengepam yang ideal untuk waktu pejabat biasa ialah 3-4 kali atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Akibat kesibukan kerja ada mama yang hanya mengepam sekali sehari. Jarak masa mengepam yang terlalu jauh juga akan menyebabkan gangguan kepada supply dan demand.

    cara-mengepam-susu-di-pejabat

     

    c. Mengepam hanya bila payudara terasa penuh
    Kadangkala mama  hanya mengepam bila payudaranya terasa penuh dan bukan mengikut jadual. Ini juga akan menyebabkan gangguan kepada supply dan demand.

    Sekiranya punca susu mama merundum adalah disebabkan oleh perkara-perkara di atas, mama perlu kembali membetulkan keadaan dengan cara kembali berdisiplin dalam mengepam, mematuhi jadual mengepam dan membuat power pumping.Pengambilan milkbooster di dalam kes sebegini jarang membantu sekiranya penyelesaian di atas tidak mama lakukan terlebih dahulu.

     

    2. Ibu Stress atau Mengalami Tekanan
    Kehidupan sememangnya penuh dengan ujian dan cabaran. Setiap tugasan di rumah dan urusan di pejabat perlu ditangani oleh mama dengan sebaik mungkin. Dapatkan bantuan papa untuk membantu terutamanya dalam melibatkan urusan di rumah. Sekiranya tidak, mama boleh berasa tertekan dan ini akan menyebabkan susu merundum.

    Baca tentang bagaimana kegembiraan boleh buatkan susu ibu menjadi lebih meriah.

    Selain itu, mama juga perlu banyak berdoa dan memohon agar perjalanan penyusuan mama menjadi mudah pada setiap hari. Fahami hukum penyusuan itu sendiri dan mengapa mama perlu berusaha untuk menyusukan bayi. Yakinlah rezeki itu milik mereka yang berusaha dan dengan izin Allah juga.


    3. Mama Penat dan Tidak Cukup Rehat
    Mek ila percaya semuamama adalah supermommy yang memang akan sibuk setiap hari sehinggalah menjelang malam. Rasa penat dan kadangkala tidak cukup rehat adalah normal. Cuma pastikan mama mendapat rehat dan berehat sebentar apabila ada peluang. Sebagai contoh mama boleh mengambil peluang untuk berehat sebentar semasa menyusukan bayi. Susukan bayi dengan cara mengiring (berbaring) dan ianya merupakan masa rehat yang amat menyeronokkan.

    Penyusuan dengan posisi berbaring
    Sekiranya mama masih terasa penat walaupun telah mengatur jadual sebaik mungkin, mama boleh mengambil supplemen yang sesuai untuk tujuan memberikan tenaga. Harus difahami bahawa supplemen ini bukanlah milkbooster tetapi lebih berbentuk kepada menyokong aktiviti harian mama supaya lebih cergas dan bertenaga setiap hari. Antara Vitamin yang sesuai untuk mama ialah Multivitamin Vitalea dan B Complex. B Complex bukan sekadar memberikan tenaga tetapi juga membantu menstabilkan perasaan mama terutama ketika sedih dan tertekan. Mama juga boleh mengambil vitamin 2 dalam 1 seperti ESP yang bukan sekadar membekalkan tenaga tetapi juga bertindak sebagai milkbooster.


    4. Mama Kurang Sihat atau Alami Gangguan Hormon
    Tidak dinafikan 2 tahun penyusuan adalah masa yang panjang. Mama juga boleh jatuh sakit seperti demam, batuk dan selsema. Sekiranya mama ingin mengambil sebarang ubat, pastikan ubat-ubatan tersebut adalah selamat untuk ibu menyusu. Sebaiknya mama  perlu memaklumkan kepada Doktor bahawa mama adalah ibu yang menyusukan semasa mendapatkan rawatan di klinik.

    Tidak dinafikan apabila mama kurang sihat, bekalan susu juga mungkin sedikit berkurangan. Maka pastikan mama minum air masak yang mencukupi agar cepat sembuh. Pengambilan Vitamin C juga merupakan satu alternatif terbaik untuk membantu mama pulih dan cepat sembuh terutamanya jika mama tidak mahu mengambil sebarang ubat-ubatan seperti paracetamol, ubat batuk dan ubat selsema. Keadaan susu merundum ini biasanya tidak berlanjutan dan setelah sembuh, susu mama juga akan kembali stabil walaupun mungkin memerlukan sedikit masa. Maka kaedah power pumping juga sesuai dipraktiskan oleh mama.

    bolehkah-menyusu-bila-mama-tidak-sihat

    Selain jatuh sakit, terdapat mama yang hasil susunya berkurangan ketika datang period. Keadaan ini sering dikaitkan dengan penurunan paras kalsium di dalam tubuh menjelang kedatangan period pada setiap bulan. Ia juga boleh menyebabkan masalah pms dan senggugut kepada sesetengah wanita. Bagi mengatasi masalah ini, mama boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix bagi memenuhi bekalan 1000mg kalsium harian yang diperlukan oleh ibu hamil dan ibu menyusu.


    5. Pemakanan Tidak Seimbang

    Menjadi mama memang sibuk. Waktu makan juga adakalanya tidak menentu. Kadang kadang baru je nak makan, si manja menangis minta disusukan. Hakikatnya ibu menyusu wajib makan secara seimbang bagi memenuhi keperluan nutrisi hariannya dan juga untuk penyusuan. Perlu cukup kandungsn karbohidrat, protein, serat dan garam mineral. Namun perkara ini sangat sukar untuk dipraktiskan terutamanya bagi mama yang sibuk dan berkerjaya. Yang makan fast food pun ramai maklumlah makanan jenis ini mudah diperolehi dan mudah disediakan.

    Breastfeeding Food

    Jika keadaan ini berlaku, Mama sangat digalakkan untuk mengambil Vitamin tambahan bagi melengkapkan keperluan nutrisi dan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan. Minum air masak yang mencukupi juga sangat penting bagi memastikan bekalan air di dalam tubuh mencukupi untuk penghasilan susu. Maklumlah komponen utama susu ibu adalah air. Jika tubuh mama sendiri tidak cukup air, tentulah penghasilan susu akan tergangu.

     

    6. Mama Hamil Lagi
    Kehamilan memang sesuatu yang memang menggembirakan. Namun perubahan hormon mungkin boleh menyebabkan susu merundum atau berkurangan. Sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan, mama perlu tahu tahap kesihatan dan keupayaan diri sendiri. Sekiranya mama pernah mengalami pendarahan pada kehamilan terdahulu, keguguran atau masalah cervical incompetence  Doktor mungkin menasihatkan mama untuk menghentikan penyusuan kerana ianya boleh membahayakan kandungan.  Sekiranya mama sihat dan sesuai untuk meneruskan penyusuan, pastikan mama mengambil Set Vitamin Lengkap untuk kehamilan supaya mama dan bayi mendapat nutrisi yang secukupnya setiap hari.

    Jadi mama, janganlah panik bila susu merundum. Ianya memang perkara yang biasa, yang lebih penting adalah bagaimana kita ingin menanganinya supaya perjalanan penyusuan selama 2 tahun dapat diteruskan hingga berjaya. Percayalah tiada yang mustahil kerana semua orang boleh menjayakannya walau siapa pun mereka.

    Jadi jangan berputus asa, teruskan berusaha dan berdoa!

    vitamin-untuk-ibu-menyusu

    Bagi mama yang perlukan Multivitamin tambahan dan Milkbooster semasa menyusu pula, boleh hubungi Mek ila melalui Whatsapp: 012-8943453.

    Bukan sekadar guide pada pemakanan, Mek ila juga akan guide dari segi penyusuan dan sama sama membantu mama yang ingin meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun penuh.

    (Visited 204 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Panduan Penyusuan

    Tags: , , ,

    3 thoughts on “Ketahui 6 Sebab Utama Susu Merundum, Milkbooster Bukan Penyelesaian Utama

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge