• Perubahan Hormon Selepas Bersalin Penyebab Isteri Jadi Dingin?

    Salam pembaca semua.
    Semoga sihat dan gembira selalu. Hari ini Mek ila nak kongsi 1 lagi kisah yang sering berlaku kepada ibu-ibu selepas bersalin.

    Selepas bersalin ni, tak dinafikan ada beberapa perkara yang boleh berubah kepada kita, kaum wanita. Selain daripada mama mudah terlupa,  penambahan berat badan yang mendadak, mama juga mungkin mengalami masalah kedinginan untuk bersama sama dengan suami. Faktor perubahan hormon selepas bersalin sering dikaitkan dengan punca kedinginan ini. Benarkah begitu?

    mengapa-isteri-dingin-selepas-bersalin
    Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi. Malah ianya mungkin boleh berpunca daripada gabungan beberapa faktor. Jom kita tengok.

    5 Penyebab Masalah Kedinginan Isteri Selepas Bersalin

    1. Luka bersalin masih belum sembuh sepenuhnya.
    Ramai para ibu yang masih trauma dengan proses kelahiran bayi. Ada yang terpaksa menahan kesakitan dalam tempoh yang lama, ada juga yang mengalami masalah terkoyak dan sebagainya. Walaupun Islam membenarkan hubungan suami isteri dimulakan selepas darah nifas berhenti, pengertian papa amat diperlukan oleh mama. Hubungan boleh dimulakan secara perlahan dan mengikut keselesaan bersama.

    2. Masalah Perubahan Hormon
    Selepas bersalin, wanita akan mengalami penurunan hormon estrogen yang mendadak. Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan perubahan mood pada wanita. Ia juga boleh menyebabkan penurunan pada tahap keghairahan, juga boleh menyebabkan kekurangan lembapan pada bahagian faraj dan menyebabkan kekeringan. Bagi mengatasi masalah ini Mek ila amat sarankan mama untuk mengambil GLA Complex.
    gla-complex-stabilkan-hormon-wanita


    3. Tidak Yakin Pada Diri Sendiri

    Ramai wanita yang mula ragu-ragu dengan kemampuan diri sendiri selepas bersalin. Ada yang risau andai mereka tidak dapat memberikan layanan yang hebat kepada suami seperti dahulu. Ada yang risau andai suami tidak berpuas hati, malah ada juga yang risau akan bentuk perubahan badan yang tidak lansing seperti dahulu. Maka peranan papa amat penting supaya dapat sama-sama membantu mama mengatasi kerisauan ini.

    4. Keletihan dan Tidak Cukup Rehat
    Tidak dinafikan menjadi ibu membuatkan wanita tidak cukup rehat dan tidur. Kalau dulu mama boleh tidur lena, kini mama perlu bangun setiap 2 jam untuk menyusukan bayi. Jadi bantuan papa amat diperlukan untuk sama-sama menjaga bayi, contohnya papa boleh bangun menukarkan pampers bayi selepas mama menyusukan bayi atau membantu mensendawakan bayi selepas disusukan oleh mama

    5. Suami Kurang Memahami
    Tanpa kita sedari, sikap suami yang kurang memahami perubahan kehidupan seorang ibu juga boleh menyebabkan isteri menjadi tertekan dan dingin. Ada suami yang merasakan isteri terlalu memberi tumpuan kepada bayi sehingga mengabaikan suami. Perkara ini sebenarnya tidak akan berlaku jika papa turut sama sama membantu mama menjaga bayi. Percayalah yang mama akan sangat sangat menghargai bantuan papa dan juga akan sentiasa memperuntukkan waktu untuk bersama sama papa pula.

    Komunikasi dua-dua belah pihak antara mama dan papa amat penting dalam menghadapi apa jua masalah dan rintangan dalam kehidupan berumahtangga. Apatahlagi masalah kedinginan ini juga mungkin bersifat sementara dan ianya dapat diatasi dengan sokongan daripada kedua dua belah pihak.


    Bolehkah Supplemen Membantu?

    Selain pengambilan GLA, Papa juga boleh hadiahkan Vitamin Cinta untuk mama ini. Ianya bukan sekadar boleh dimakan untuk mama, papa juga boleh sama-sama menikmati khasiatnya. Dengan pengambilan yang betul, masalah hormon yang berubah dapat distabilkan semula malah  hubungan suami isteri yang dingin dapat dipulihkan semula.

    vitamin-cinta-suami-isteri

     Khasiat GLA + Vitamin Cinta dalam Hubungan Suami Isteri

    GLA Complex (Untuk Mama)

    • Membantu menyeimbangkan semula hormon wanita selepas bersalin
    • Mengawal dan mengatur kitaran haid.
    • Membantu menstabilkan emosi, mood swing dan keresahan
    • Menguatkan rambut, menjadikan kulit lebih sihat & berseri
    • Merawat masalah kekeringan vagina
      gla-selepas-bersalin

    Vitamin E (Untuk Mama & Papa)

    • Merangsang libido iaitu keinginan seksual dengan cara meningkatkan paras testosteron dalam badan. Kekurangan testosteron menyebabkan nafsu semakin menurun dan stamina semakin berkurangan.
    • Merupakan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dalam tubuh badan daripada merosakkan sperma dan ovum.
    • Pengambilan Vitamin E yang mencukupi adalah penting bagi menjaga kualiti sperma yang dihasilkan.     Memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma supaya dapat bertemu dengan ovum
    • Vitamin E Shaklee disertai dengan Selenium. Pengambilan Vitamin E haruslah lengkap dengan Selenium untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum

    Alfalfa Complex  (Untuk Mama & Papa)

    • Mengandungi phytoestrogens yang menyebabkan ia mempunyai khasiat seperti kacip fatimah untuk merapatkan bahagian intim wanita
    • Membantu meningkatkan libido
    • Meningkatkan keinginan untuk bersama
    • Membantu mengurangkan masalah keputihan
    • Merawat masalah kekeringan vagina

     

    Testimoni GLA + Vitamin Cinta

    Jom kita tengok apa kata mama selepas pengambilan Vitamin ini.

    Masalah kekeringan selesai dengan GLA.

    gla-atasi-masalah-kekeringan

    Dulu selalu dingin, sekarang always ON.

    supplemen-untuk-isteri-dingin
    Suami puji perubahan setelah ambil Alfafa

    testimoni-alfafa-merapatkan-miss-v

    Vitamin E memang Power

    vitamin-e-untuk-libido

    Kembalikan keintiman suami isteri dengan Set ini. Hubungi Mek ila melalui whatsapp: 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 288 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Tips Suami Isteri

    Tags: , , , , , ,

    3 thoughts on “Perubahan Hormon Selepas Bersalin Penyebab Isteri Jadi Dingin?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge