• 5 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki

    Assalamualaikum dan Selamat Petang pembaca semua.

    Dalam entry yang lepas, Mek ila telah kongsikan 5 jenis kanser yang sering berlaku pada wanita. Kali ini Mek ila nak kongsikan pula 5 jenis kanser yang sering berlaku pada lelaki. Saban tahun, bilangan pesakit kanser semakin bertambah ramai dan peningkatan ini amat menakutkan. Kalau dulu jarang jarang kita dengar tentang penyakit kanser ni, sekarang macam dah common pula. Kalau dulu di Malaysia cuma ada Institut Jantung Negara, sekarang dah ada pula Institit Kanser Negara.  Malah  penemuan di dalam Laporan Pertama Pendaftar Kanser Kebangsaan dianggarkan bahawa risiko mendapat kanser di Malaysia adalah 1 dalam 4. Satu angka yang amat menakutkan apabila didengari.

    jenis-jenis-kanser-yang-sering-menyerang-lelaki

    Jenis Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Lelaki

    Hakikatnya lelaki atau wanita, semuanya mempunyai risiko yang sama untuk terkena kanser. Pada entry kali ini Mek ila akan kongsikan 5  jenis kanser yang sering menyerang lelaki iaitu Kanser Prostat, Kanser Paru-Paru, Kanser Kolorektal, Kanser Pundi Kencing dan Kanser Melanoma.

    kanser-pada-wanita

    Sumber : Dana Farber Cancer Institute

    Jika kita perhatikan rajah di atas, Kanser Paru-Paru dan Kanser Kolorektal adalah 2 jenis kanser yang kerap menyerang tanpa mengira jantina. Bukan sahaja ianya kanser yang kerap menyerang wanita, kaum lelaki juga tidak terkecuali.


    1. Kanser Prostat

    Kanser prostat  merupakan kanser utama yang menyerang lelaki  di seluruh dunia. Kanser prostat ialah ketumbuhan  yang berlaku di kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak dengan cepat ke sekeliling prostat. Di antara tanda tanda awal kanser prostat ialah kesukaran pesakit untuk buang air kecil, rasa sakit semasa ejakulasi,  dan air kencing atau air mani yang mengandungi darah.

    stages-of-prostate-cancer

    Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa. Baca lebih lanjut tentang kanser prostat di sini. 

    2. Kanser Paru-Paru

    Kanser paru-paru, sememangnya sering terjadi kepada kaum lelaki. Ini sering dikaitkan dengan sifat lelaki yang suka merokok mahupun berada di persekitaran rakan-rakan yang merokok. Pendedahan kepada karsinogen yang ada di dalam asap tembakau akan  menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu di paru-paru. Pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk.

    punca-kanser-paru-paru

    3. Kanser Kolorektal
    Kanser ini adalah kanser yang berlaku di bahagian usus besar hingga ke bahagian rektum. Ia juga sering disebut sebagai kanser kolon walaupun seringkali istilah ini digunakan secara berbeza. Biasanya kanser  ia bermula dengan kehadiran polip dan kemudiannya berubah kepada kanser. Sekiranya di kesan di peringkat awal, pembuangan polip boleh dilakukan dengan segera dan nyawa pesakit boleh diselamatkan.
    punca-kanser-kolorektal
    Baca lebih lanjut tentang kanser Kolon di sini.
    4. Kanser Pundi Kencing
    Pundi kencing adalah satu organ yang terletak di dalam rongga pelvis dan berfungsi untuk menakung air kencing sebelum ia dikeluarkan dari tubuh. Pundi kencing mampu menakung air kencing sebanyak 250ml hingga 500ml pada satu-satu masa sebelum ianya disingkirkan. Kanser pundi kencing biasanya boleh berlaku di bahagian lapisan pundi kencing sebelum merebak ke kawasan yang lain.
    Antara tanda tanda awal kanser pundi kencing adalah kencing berdarah, kencing bercampur dengan darah beku. Pesakit juga akan menjadi lebih kerap kencing, kencing yang tergesa-gesa, tidak puas dan merasa pedih ketika kencing.
    kanser-pundi-kencing
    5. Kanser Melanoma

    Kanser melanoma merupakan salah satu daripada kanser kulit yang sering terjadi. Kanser Melanoma ini adalah kanser kulit yang paling ditakuti kerana ia boleh membesar dan merebak dengan cepat. Melanoma berlaku apabila sel kanser terbentuk di bahagian lapisan melanocyte.

    kanser-melanoma

    Di antara tanda tanda kanser ini ialah apabila terdapat perubahan pada tahi lalat sedia ada apabila timbul kelainan pada saiz, bentuk dan warna. Malah, tahi lalat mempunyai bucu tidak sekata dan lebih satu warna. Tahi lalat juga terasa gatal atau berdarah. Selain itu, tompokan pigmentasi yang ganjil mula muncul pada kulit.

    tanda-kanser-melanoma
    Sekiranya terdapat tanda tanda pigmentasi yang mencurigakan pada kulit, pesakit perlu segera berjumpa Doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

    Baca bagaimana Vivix memberikan harapan baru kepada pesakit kanser untuk kembali sembuh.

    (Visited 320 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , , , ,

    One thought on “5 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge