-
5 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki
Assalamualaikum dan Selamat Petang pembaca semua.
Dalam entry yang lepas, Mek ila telah kongsikan 5 jenis kanser yang sering berlaku pada wanita. Kali ini Mek ila nak kongsikan pula 5 jenis kanser yang sering berlaku pada lelaki. Saban tahun, bilangan pesakit kanser semakin bertambah ramai dan peningkatan ini amat menakutkan. Kalau dulu jarang jarang kita dengar tentang penyakit kanser ni, sekarang macam dah common pula. Kalau dulu di Malaysia cuma ada Institut Jantung Negara, sekarang dah ada pula Institit Kanser Negara. Malah penemuan di dalam Laporan Pertama Pendaftar Kanser Kebangsaan dianggarkan bahawa risiko mendapat kanser di Malaysia adalah 1 dalam 4. Satu angka yang amat menakutkan apabila didengari.
Jenis Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Lelaki
Hakikatnya lelaki atau wanita, semuanya mempunyai risiko yang sama untuk terkena kanser. Pada entry kali ini Mek ila akan kongsikan 5 jenis kanser yang sering menyerang lelaki iaitu Kanser Prostat, Kanser Paru-Paru, Kanser Kolorektal, Kanser Pundi Kencing dan Kanser Melanoma.
Jika kita perhatikan rajah di atas, Kanser Paru-Paru dan Kanser Kolorektal adalah 2 jenis kanser yang kerap menyerang tanpa mengira jantina. Bukan sahaja ianya kanser yang kerap menyerang wanita, kaum lelaki juga tidak terkecuali.
1. Kanser ProstatKanser prostat merupakan kanser utama yang menyerang lelaki di seluruh dunia. Kanser prostat ialah ketumbuhan yang berlaku di kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak dengan cepat ke sekeliling prostat. Di antara tanda tanda awal kanser prostat ialah kesukaran pesakit untuk buang air kecil, rasa sakit semasa ejakulasi, dan air kencing atau air mani yang mengandungi darah.
Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa. Baca lebih lanjut tentang kanser prostat di sini.
2. Kanser Paru-Paru
Kanser paru-paru, sememangnya sering terjadi kepada kaum lelaki. Ini sering dikaitkan dengan sifat lelaki yang suka merokok mahupun berada di persekitaran rakan-rakan yang merokok. Pendedahan kepada karsinogen yang ada di dalam asap tembakau akan menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu di paru-paru. Pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk.
3. Kanser KolorektalKanser ini adalah kanser yang berlaku di bahagian usus besar hingga ke bahagian rektum. Ia juga sering disebut sebagai kanser kolon walaupun seringkali istilah ini digunakan secara berbeza. Biasanya kanser ia bermula dengan kehadiran polip dan kemudiannya berubah kepada kanser. Sekiranya di kesan di peringkat awal, pembuangan polip boleh dilakukan dengan segera dan nyawa pesakit boleh diselamatkan.Baca lebih lanjut tentang kanser Kolon di sini.4. Kanser Pundi Kencing
Pundi kencing adalah satu organ yang terletak di dalam rongga pelvis dan berfungsi untuk menakung air kencing sebelum ia dikeluarkan dari tubuh. Pundi kencing mampu menakung air kencing sebanyak 250ml hingga 500ml pada satu-satu masa sebelum ianya disingkirkan. Kanser pundi kencing biasanya boleh berlaku di bahagian lapisan pundi kencing sebelum merebak ke kawasan yang lain.Antara tanda tanda awal kanser pundi kencing adalah kencing berdarah, kencing bercampur dengan darah beku. Pesakit juga akan menjadi lebih kerap kencing, kencing yang tergesa-gesa, tidak puas dan merasa pedih ketika kencing.5. Kanser Melanoma
Kanser melanoma merupakan salah satu daripada kanser kulit yang sering terjadi. Kanser Melanoma ini adalah kanser kulit yang paling ditakuti kerana ia boleh membesar dan merebak dengan cepat. Melanoma berlaku apabila sel kanser terbentuk di bahagian lapisan melanocyte.
Di antara tanda tanda kanser ini ialah apabila terdapat perubahan pada tahi lalat sedia ada apabila timbul kelainan pada saiz, bentuk dan warna. Malah, tahi lalat mempunyai bucu tidak sekata dan lebih satu warna. Tahi lalat juga terasa gatal atau berdarah. Selain itu, tompokan pigmentasi yang ganjil mula muncul pada kulit.
Sekiranya terdapat tanda tanda pigmentasi yang mencurigakan pada kulit, pesakit perlu segera berjumpa Doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.Baca bagaimana Vivix memberikan harapan baru kepada pesakit kanser untuk kembali sembuh.
(Visited 1,058 times, 1 visits today)Kenali 5 Jenis Kanser yang Sering Menyerang Kaum Wanita. Jenis Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Manusia
One thought on “5 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki”
Leave a Reply to Malaysia Sentral Cancel reply
5 Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
jagala kesihatan anda wahai lelaki. Tq perkongsian.
Malaysia Sentral recently posted…Contoh Surat Cuti Sekolah Yang Mudah