• Jenis Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Manusia

    Tahukah pembaca, penyakit kanser boleh menyerang kebanyakan anggota di dalam tubuh kita? Secara ringkasnya, kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan sel sel tidak normal secara tidak terkawal di dalam tubuh kita. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

    Bagaimana Kanser Bermula?

    Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan.

    Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser.

    jenis-jenis-kanser

    Jenis Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Manusia

    Penyakit kanser ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, kanser yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika kanser menyerang di bahagian paru-paru ia akan dipanggil kanser paru-paru.

    Tahukah pembaca sebenarnya terdapat lebih daripada 100 kanser yang boleh menyerang manusia. Dia antara jenis-jenis kanser yang kerap menyerang manusia ialah:-

    • Kanser Otak
    • Kanser Mata
    • Kanser Tekak
    • Kanser Mulut
    • Kanser Payudara
    • Kanser Paru Paru
    • Kanser Prostat
    • Kanser Ovari
    • Kanser Hati
    • Kanser Usus
    • Kanser Rahim
    • Kanser Servik
    • Kanser Darah/ Leukemia
    • Kanser Kalenjar Air Liur
    • Kanser Limpa
    • Kanser Tulang
    • Kanser Kulit
    • Kanser Perut
    • Kanser Tiroid
    • Kanser Pundi Kencing

    Pengesanan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa. Maka pesakit perlu segera berjumpa Doktor sekiranya terdapat sebarang kesakitan atau tanda-tanda yang tidak normal pada tubuh.

    Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Merawat

    Semenjak sekian lama, Supplemen yang mengandungi Resveratrol telah digunakan untuk merawat pesakit kanser dan bagi mengelakkan kanser daripada berulang. Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular (DNA).

    resveratrol-dalam-vivix

    Resveratrol telah banyak memberikan sinar baru kepada pesakit kanser di dalam proses rawatan kanser selain daripada rawatan yang disediakan oleh pihak hospital. Supplemen terbaik Shaklee iaitu Vivix kaya dengan resveratrol dan terbukti bertindak 10 kali lebih baik daripada resveratrol biasa.

    Baca bagaimana Vivix memberikan harapan kepada pesakit kanser untuk kembali sembuh.  

    (Visited 666 times, 8 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , , , , ,

    One thought on “Jenis Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Manusia

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge