• Kehamilan Ektopik? Ketahui Penyebab dan Tanda Tandanya.

    Pada minggu lepas, Mek ila berkesempatan menghadiri Kelas Kesuburan dan Kehamilan yang dianjurkan oleh Shaklee. Alhamdulillah banyak perkara yang dapat dipelajari terutamanya berkaitan masalah-masalah kehamilan dan juga penjagaan kesihatan semasa kehamilan.

    Antara masalah yang boleh terjadi semasa kehamilan ialah Ektopik Preganancy atau Kehamilan Luar Rahim. Keadaan ini memang sangat menyedihkan kerana kehamilan sebegini adalah merbahaya dan perlu dibuang bagi menyelamatkan nyawa si ibu.

    penyebab-kehamilan-luar-rahim-atau-kehamilan-ektopik

    Dalam kehamilan yang normal, telur yang telah disenyawakan oleh sperma akan bergerak melalui tiub fallopian menuju ke dalam rahim ibu.  Manakala kehamilan ektopik pula adalah kehamilan yang berlaku di luar rahim. Hampir 95% kehamilan di luar rahim terjadi di dalam tiub fallopian, dan ianya dikenali sebagai kehamilan tiub. Apabila kehamilan ini semakin membesar, ia akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Sekiranya dibiarkan, tiub fallopian tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

    Apabila kehamilan ini dikesan, tiada cara lain yang boleh dilakukan selain membuangnya. Sekiranya dikesan lebih lewat, peratus untuk tiub fallopian turut dibuang adalah lebih tinggi.


    Mengapa Kehamilan Ektopik Boleh Berlaku?

    Telur yang telah disenyawakan oleh sperma di ovari biasanya mengambil masa antara lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub fallopian menuju ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Kehamilan ektopik biasnya berlaku apabila tiub fallopian bermasalah atau rosak yang menyebabkannya tersumbat atau sempit, hingga menghalang telur tersebut daripada sampai ke tempat yang sepatutnya. Maka ia akan terimplan di dinding tiub dan bukannya di dinding rahim.

    kehamilan-ektopik

    Bakal Ibu Manakah Yang Berisiko Mendapat Kehamilan Ektopik?

    Kehamilan di luar rahim boleh terjadi kepada mana-mana bakal ibu, namun situasi di bawah boleh menyebabkan risiko kehamilan ektopik.

    1. Mama pernah mengalami endometriosis. Endometriosis akan meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub fallopian. Endometriosis merujuk kepada pendarahan yang keluar daripada tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim semasa wanita datang haid.

    endometriosis-tiub

    2. Mama pernah menghidap penyakit radang pelvik yang biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin kulat chlamydia yang  akan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub fallopianl.

    3.  Mama mempunyai struktur tiub fallopian yang tidak normal, rosak atau bermasalah. Malah sebarang pembedahan pada tiub fallopian juga boleh meninggikan risiko kehamilan ektopik.

    4. Mama yang hamil melalui kaedah In Vitro Fertilization di mana persenyawaan di antara telur dan sperma akan dilakukan di luar sebelum dimasukkan semula ke dalam rahim. Pada kebiasaannya Doktor akan membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.

    kaedah-ivf
    5. Mama yang menggunakan IUD sebagai alat pencegah kehamilan atau mengambil pil pencegah kehamilan. Kedua-duanya sering dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang lebih tinggi apbila mama hamil ketika masih menggunakannya.

    6. Merokok sebelum kehamilan berlaku juga meningkatkan risiko kehamilan luar rahim. Semakin tinggi kadar rokok yang dihisap, ianya semakin meninggikan kadar kehamilan ektopik.

    7. Mama yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko ini meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.

    Simptom Kehamilan Ektopik

    Simptom kehamilan ektopik pada kebiasaanya mempunyai persamaan dengan tanda-tanda ancaman keguguran seperti sakit senggugut dan keluar sedikit darah. Warnanya mungkin lebih gelap daripada darah haid biasa dan lebih cair. Mama juga mungkin mengalami sakit yang teruk di bahagian bawah perut secara berterusan.

    Sekiranya kehamilan ektopik tidak dapat dikenalpasti sehinggalah embrio membesar dan tiub pecah, mama akan mengalami simptom-simptom seperti

    1. Sakit perut yang teruk dan berlaku tiba-tiba.
    2. Berpeluh, rasa hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
    3. Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman telah mengganggu organ dalaman lain seperti rusuk.
    4. Pengsan atau tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.

    Jadi mama, sekiranya mama khuatir akan kehamilan ektopik, segeralah berjumpa Doktor untuk menjalani pemeriksaan.

     

    Bolehkah Mama Hamil Semula?

    Sekiranya tiub yang mengalami kehamilan ektopik dapat diselamatkan dan yang sebelah lagi juga berfungsi, potensi mama untuk hamil lagi adalah sama seperti dahulu. Namun jika sebelah tiub fallopian mama terpaksa dibuang, peluang untuk hamil semula menjadi menurun terutamanya jika tiub yang tinggal juga mengalami masalah  endometriosis atau radang pelvix. Sekiranya kedua-dua tiub tidak lagi berfungsi, rawatan IVF boleh digunakan untuk merancang kehamilan.

    hamil-dengan-1-tiub
    Sebagai umat Islam kita harus percaya akan rezeki yang dikurniakan oleh Allah, jadi mama tidak boleh  berputus asa kerana ada sahaja mama yang kembali hamil dengan selamat walaupun hanya mempunyai satu tiub. Berbincanglah dengan Pakar O&G dalam memilih rawatan yang sesuai untuk mama. Sekiranya kembali hamil, segeralah berjumpa Doktor untuk membuat pemeriksaan dan untuk memastikan kehamilan mama sihat.

    Bagi Mama yang ingin kembali merancang kehamilan dengan Supplemen Sihat Shaklee, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Mek ila.

    (Visited 380 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    2 thoughts on “Kehamilan Ektopik? Ketahui Penyebab dan Tanda Tandanya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge