• Kenali 5 Jenis Kanser yang Sering Menyerang Kaum Wanita.

    Assalamualaikum dan Selamat Petang pembaca semua.

    Sebut tentang kanser ni, ianya memang amat menakutkan. Apatahlagi saban tahun, bilangan pesakit kanser semakin bertambah ramai. Kalau dulu kanser sering dikaitkan dengan keturunan, pada masa sekarang, ianya tidak lagi. Pelbagai faktor seperti lain seperti pemakanan, gaya hidup, jangkitan virus, pencemaran dan sebagainya juga dikatakan antara penyumbang kepada penyakit kanser.

    jenis-jenis-kanser-yang-sering-menyerang-wanita

    Jenis Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Wanita

    Hakikatnya lelaki atau wanita, semuanya mempunyai risiko yang sama untuk terkena kanser. Pada entry kali ini Mek ila akan kongsikan 5  jenis kanser yang sering menyerang wanita iaitu:-

    kanser-pada-wanita

    Sumber : Dana Farber Cancer Institute


    1. Kanser Payudara

    Kanser payudara merupakan kanser utama yang menyerang wanita di seluruh dunia. 1 daripada 19 wanita di Malaysia adalah berisiko menghidapi kanser ini. Kanser payudara adalah kanser yang berlaku pada tisu payudara. Kanser payudara dapat dikesan di peringkat awal dengan membuat pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

    Tanda Awal Kanser Payudara

    Pengesanan awal dapat menyelamatkan nyawa. Baca lebih lanjut tentang kanser payudara di sini. 

     

    2. Kanser Paru-Paru

    Kanser paru-paru, walaupun sering terjadi kepada kaum lelaki, wanita juga tidak terkecuali menghidapnya. Punca utama kanser ini dikatakan berpunca daripada tabiat merokok. Pendedahan kepada karsinogen yang ada di dalam asap tembakau akan  menyebabkan perubahan kecil pada selaput tisu di paru-paru. Pendedahan berpanjangan akan menyebabkan lebih banyak tisu rosak sehingga tumor terbentuk.

    punca-kanser-paru-paru

    3. Kanser Kolorektal
    Kanser ini adalah kanser yang berlaku di bahagian usus besar hingga ke bahagian rektum. Ia juga sering disebut sebagai kanser kolon walaupun seringkali istilah ini digunakan secara berbeza. Biasanya kanser  ia bermula dengan kehadiran polip dan kemudiannya berubah kepada kanser. Sekiranya di kesan di peringkat awal, pembuangan polip boleh dilakukan dengan segera dan nyawa pesakit boleh diselamatkan.
    punca-kanser-kolorektal
    Baca lebih lanjut tentang kanser Kolon di sini.
    4. Kanser Endometrium
    Kanser Endometrium juga sering dikenali sebagai kanser rahim. Kanser ini  bermula pada lapisan sel endometrium yang membentuk lapisan dalam pada rahim.  Kanser endometrium biasanya dapat dikesan pada peringkat awal kerana ia sering menunjukkan gejala pendarahan vagina yang  tidak normal. Jika kanser endometrium ditemui lebih awal, pembedahan untuk membuang rahim biasanya akan dilakukan untuk menyelamatkan pesakit.
    kanser-endometrial
    Selain kanser rahim , kanser juga boleh terjadi di bahagian pangkal rahim. Kanser di bahagian pangkal rahim ini dikenali sebagai kanser Servik.
    5. Kanser Tiroid

    Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh. Terdapat 2 jenis penyakit tiroid terjadi yang sering terjadi iaitu hypertyroidism ( penghasilan hormon yang berlebihan) dan  hypothyroidism (penghasilan hormon yang tidak mencukupi).  Kanser tiroid pula adalah pertumbuhan sel-sel yang tidak normal dalam kelenjar tiroid. Biasanya ia akan membentuk benjolan benjol di bahagian depan leher dan menyebabkan peskait sukar untuk menelan dan bernafas.

    kanser-tiroid

    Pengesanan awal terhadap semua jenis kanser ini mampu menyelamatkan nyawa. Maka serkiranya terdapat sebarang kelainan dan simptom simptom yang tidak diingini, pembaca semua perlu berjumpa Doktor untuk  mendapatkan pemeriksaan. Jangan anggap sesuatu simptom adalah biasa kerana ianya mungkin petanda yang tidak diingini.

    Baca bagaimana Vivix memberikan harapan baru kepada peskait kanser untuk kembali sembuh.

    (Visited 394 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , , , , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge