• Kenali Dr. Forrest C Shaklee – Pengasas Vitamin Shaklee

    Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua!

    Hari ini Mek ila nak kongsikan kisah hidup pengasas Shaklee yang sangat memberikan inspirasi. Siapa sangka di sebalik semua masalah kesihatan yang beliau alami, beliau bangkit berjuang dan akhirnya membawa beliau kepada penubuhan Shaklee,  juga penghasilan multivitamin tertua di dunia iaitu Vitalea. Itulah titik permulaan beliau hinggalah ke hari ini di mana Shaklee telah banyak menghasilkan pelbagai vitamin yang memberi manfaat kepada kesihatan penggunanya.

    pengasas-shaklee-dr-forrest-c-shaklee

    Kenali Dr Forrest C Shaklee

    Dr. Forrest C Shaklee adalah pengasas Shaklee Corporation pada tahun 1956 dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature. Berpegang kepada prinsip di tersebut, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk supplemen dan pencuci semulajadi yang mesra alam sekitar yang telah banyak membawa kebaikan kepada manusia sejagat.


    Sejarah Hidup Dr Forrest C Shaklee

    Dr. Forrest C Shaklee dilahirkan di Carlisle, Iowa. Sewaktu dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit tuberculosis – batuk kering. Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun sahaja. Disebabkan itu, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan rehat yang mencukupi.

    Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit batuk kering beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

    Dr Forrest banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah Physical Magazine yang mengatakan dadah iaitu ubat hanyalah meredakan simptom, tanpa mengubati punca penyakit. Berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, beliau tahu manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi.

    Menjadi Chiropractor

    Dr Forrest kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Chiropractic adalah perubatan alternatif berdasarkan diagnosis masalah sendi terutama tulang belakang yang dianggap menyebabkan gangguan kepada kesihatan dengan mempengaruhi saraf, otot dan organ.

    Walaupun Dr Forrest mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan.

     

    dr-forrest-c-shaklee

    Penghasilan Vitalea – Multivitamin Pertama Di Dunia

    Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan Vitalized Minerals yang sekarang ini dikenali sebagai Vitalea.

    sejarah-vitalea

    Pada tahun 1917, beliau berpindah ke Fort Dodge, Iowa dan membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mempunyai 15 katil pesakit dan 32 bilik rawatan. Pusat rawatan tersebut bukan saja terdiri daripada pakar chiropractors, malah osteopaths, internist dan juga pakar bedah. Pesakit-pesakit di pusat rawatan tersebut diberikan diet yang kaya dengan vitamin sebagai salah satu usaha penyembuhan. Pusat rawatan beliau akhirnya semakin hari semakin maju.

    Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Dr Forrest juga banyak menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

    Disahkan Menghidap Kanser

    Dr Forrest akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong. Dr Forrest turut mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

    Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tidak dapat menerima keputusan bahawa beliau akan dikudungkan.

    Dr Forrest memberitahu isterinya, ‘Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.’ Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.

    Tidak lama kemudian, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

    Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positif dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

    Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk hidup lebih sihat.

    Pada tahun 1924, Dr Forrest sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan iaitu supplemen yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

    Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, When all else is destroyed, only the product of the mind exists.

    Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Dr Forrest membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit.

    Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

    Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam sekitar.

    Penubuhan Shaklee

    Pada 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen yang menjadi satu fenomena sehingga ke hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan daripada alam sekitar.

    penubuhan-shaklee

    Sehingga kini selepas lebih daripada 100 tahun usia multivitamin pertama di dunia Vitalea dicipta, terdapat banyak produk supplemen Shaklee lain yang telah dihasilkan untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia. Bukan hanya 100% semulajadi, ianya juga halal dan mendapat kelulusan daripada KKM.

    shaklee-100-tahun-terbaik

    Jadi sebagai pengguna, kita tak perlu ragu ragu untuk menggunakannya. Malah kajian Landmark Study membuktikan pengguna Shaklee untuk tempoh melebihi 20 tahun mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding pengguna produk lain.

    Nak dapatkan Vitamin Shaklee? Jom whatsapp Mek ila : 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 71 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags: , , ,

    3 thoughts on “Kenali Dr. Forrest C Shaklee – Pengasas Vitamin Shaklee

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge