• Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia

    Hai salam semua.

    Hari ini Mek ila nak kongsikan lagi tentang salah satu penyakit kanser yang sering berlaku. Selain daripada kanser yang berlaku pada bahagian anggota badan, terdapat juga kanser yang berlaku pada darah atau lebih dikenali dengan nama leukimia.  Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Ia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.

    Dalam keadaan normal, sel-sel darah putih akan dihasilkan dan berkembang dari masa ke semasa dan diperlukan oleh badan kita untuk melawan penyakit. Bagi mereka yang menghidap kanser darah, tubuh mereka menghasilkan sel-sel darah putih yang tidak normal. Ia tidak berfungsi dengan betul, tidak matang dan menyebabkan daya tahan tubuh terhadap penyakit berkurangan. Situasi ini juga akan menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Penghasilan darah putih yang berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

    tanda-penyakit-kanser-darah-atau-leukimia

    Terdapat 2 jenis leukimia yang utama iaitu  Akut Leukimia atau Leukimia Kronik. Perbezaaan utama di antara kedua-dua jenis leukimia ini adalah dari segi kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. Leukimia Akut adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding Leukimia Kronik  yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.

    Tanda Tanda Awal Kanser Darah

    Antara tanda tanda awal yang menunjukkan pesakit mengalami Kanser Darah ialah:-

    • Bengkak di bahagian noda limfa
    • Bintik bintik merah muncul pada kulit
    • Demam yang berpanjangan dan berulang
    • Hidung mudah berdarah
    • Anggota badan mudah terluka atau lebam
    • Kesakitan pada tulang dan sendi
    • Kurang selera makan, berat badan turun secara mendadak
    • Mudah berpeluh pada waktu malam
    • Badan rasa kurang sihat, seram sejuk, pening kepala

    Sekiranya pembaca mempunyai tanda-tanda di atas, berjumpalah Doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya tidak dirawat, pendarahan yang serius boleh berlaku kepada pesakit seperti pendarahan dalam otak. Pesakit juga boleh terkena jangkitan yang serius seperti jangkitan bakteria dan kulat. Pesakit juga boleh mengalami sesak akibat kekurangan sel darah merah di dalam tubuh.

     

    Dagnosis dan Rawatan Kanser Darah

    Penyakit leukimia boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Di dalam prosedur ini, contoh darah sum-sum akan diambil dan diuji di dalam makmal. Ujian khas juga akan dilakukan untuk mengenalpasti jenis leukemia tersebut.

    Seperti penyakit kanser yang lain, pesakit perlu menjalani rawatan kimoterapi untuk memusnahkan sel-sel kanser. Malah pemindahan sum-sum tulang juga akan disyorkan apabila perlu. Dengan rawatan modern, peluang pesakit untuk sembuh adalah lebih cerah.

    Supplemen Untuk Pesakit Kanser Darah.

    Selain rawatan hospital, pesakit juga sangat memerlukan nutrisi yang baik untuk kembali sihat dan melawan jangkitan penyakit. Pengambilan  Vivix Shaklee yang kaya dengan resveratrol dapat membantu tubuh untuk kembali sihat dan yang paling penting untuk mengelakkan sel kanser kembali hadir. Dalam beberapa kajian yang dijalankan oleh Dr. Carnevale daripada Colorado State University menunjukkan bahawaResveratrol boleh mencegah sesetengah jenis leukemia, termasuk yang disebabkan daripada pendedahan radiasi (iaitu mieloid akut, mieloid kronik, dan leukemia lymphocytic akut).
     rawatan-leukimia-vivix-shaklee

    Resveratrol juga boleh menjadi pilihan rawatan untuk leukemia di kalangan orang dewasa secara sendiri atau digabungkan dengan rawatan kemoterapi konvensional. Ia juga amat berguna kepada pada pesakit leukemia yang lebih tua yang tidak dapat menerima rawatan konvensional yang agresif.  Penggunaan resveratrol juga memeolehkan kimoterapi pada dos yang lebih rendah digunakan. Ia mengurangkan kesan sampingan daripada rawatan konvensional seperti jangkitan, loya, dan muntah-muntah.

    Rujukan Asal,  Rujukan Kedua 

    Testimoni Vivix Untuk Kanser

     Jom kita tengok salah satu testimoni Vivix untuk kanser.

    vivix-untuk-kanser-darah

    Harapan untuk sembuh tetap ada. Bagi yang ingin mendapatkan Vivix, boleh whatsapp Mek ila 012-8943453 untuk pembelian.

    Bagi yang ingin membeli Vivix secara online dan dihantar terus ke rumah juga, boleh membuat pembelian Online di website Shaklee .

    Order Now

    (Visited 10,647 times, 36 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , , ,

    5 thoughts on “Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia

    • anuar says:

      Leukimia atau kanser darah antara penyakit yang cukup ditakuti..
      Semoga kita dijauhkan daripada penyakit ini..
      Elakkan makan daging burger atau daging yang diproses..
      anuar recently posted…Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?My Profile

    • bahay kanser darah ni….memang kena sentiasa berjaga-jaga dan menjaga pemakanan serta kehidupan yang sihat dan seimbang.

    • assalamualaikum.. tuan,sy penghidap kanser leukimia sy ingin tahu sedikit sebanyak kalau bab pemakanan terbatas tak? atau mmg perlu ad pantang?

    • idayu says:

      Assalammualaikum.Tuan sy prnah jatuh sakit secara tiba2 dan diberitahu bhawa sel darah putih sy lbih byk dri sel darah merah bulan 6 tahun 2016..Akan tetapi sy tdk mneruskan apa2 rawatan selanjutnya…sejak 4bulan lalu keadaan tubuh sy semakin hari semakin lemah dan seringkali penat..setiap tanda2 pengidap kanser seperti kerap demam malam,bdn mnggigil,selalu pening kepala,hilang selera mkn dan yg terbaru sy mula berasa loya .Badan sy juga sentiasa berpeluh dan mgalami sakit tulang sendi..die bhgian leher sy juga ad bngkak kecil sbsar guli..tanda lebam pada bhgian bdn juga ad! Adakah sy perlu mnjalani pemeriksaan sekali lg? Sy juga seringkali berasa sakit dibahagian dada sebelah kiri…Adakah sy semakin tenat? penglihatan sy juga mula kabur dan seringkali mngalami tekak berdarah apabila batuk!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge