-
Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
Hai salam semua.
Hari ini Mek ila nak kongsikan lagi tentang salah satu penyakit kanser yang sering berlaku. Selain daripada kanser yang berlaku pada bahagian anggota badan, terdapat juga kanser yang berlaku pada darah atau lebih dikenali dengan nama leukimia. Leukemia merupakan sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Ia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.
Dalam keadaan normal, sel-sel darah putih akan dihasilkan dan berkembang dari masa ke semasa dan diperlukan oleh badan kita untuk melawan penyakit. Bagi mereka yang menghidap kanser darah, tubuh mereka menghasilkan sel-sel darah putih yang tidak normal. Ia tidak berfungsi dengan betul, tidak matang dan menyebabkan daya tahan tubuh terhadap penyakit berkurangan. Situasi ini juga akan menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Penghasilan darah putih yang berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.
Terdapat 2 jenis leukimia yang utama iaitu Akut Leukimia atau Leukimia Kronik. Perbezaaan utama di antara kedua-dua jenis leukimia ini adalah dari segi kematangan dan kepantasan sel-sel kanser itu membiak. Leukimia Akut adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pantas berbanding Leukimia Kronik yang terdiri daripada sel kanser yang matang dan membiak dengan perlahan.
Tanda Tanda Awal Kanser Darah
Antara tanda tanda awal yang menunjukkan pesakit mengalami Kanser Darah ialah:-
- Bengkak di bahagian noda limfa
- Bintik bintik merah muncul pada kulit
- Demam yang berpanjangan dan berulang
- Hidung mudah berdarah
- Anggota badan mudah terluka atau lebam
- Kesakitan pada tulang dan sendi
- Kurang selera makan, berat badan turun secara mendadak
- Mudah berpeluh pada waktu malam
- Badan rasa kurang sihat, seram sejuk, pening kepala
Sekiranya pembaca mempunyai tanda-tanda di atas, berjumpalah Doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Sekiranya tidak dirawat, pendarahan yang serius boleh berlaku kepada pesakit seperti pendarahan dalam otak. Pesakit juga boleh terkena jangkitan yang serius seperti jangkitan bakteria dan kulat. Pesakit juga boleh mengalami sesak akibat kekurangan sel darah merah di dalam tubuh.
Dagnosis dan Rawatan Kanser Darah
Penyakit leukimia boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Di dalam prosedur ini, contoh darah sum-sum akan diambil dan diuji di dalam makmal. Ujian khas juga akan dilakukan untuk mengenalpasti jenis leukemia tersebut.
Seperti penyakit kanser yang lain, pesakit perlu menjalani rawatan kimoterapi untuk memusnahkan sel-sel kanser. Malah pemindahan sum-sum tulang juga akan disyorkan apabila perlu. Dengan rawatan modern, peluang pesakit untuk sembuh adalah lebih cerah.
Supplemen Untuk Pesakit Kanser Darah.
Bagi yang ingin membeli Vivix secara online dan dihantar terus ke rumah juga, boleh membuat pembelian Online di website Shaklee .
(Visited 34,433 times, 1 visits today)Syukurnya Bila Masalah Paru Paru Berair Suami Sembuh Dengan Vivix Merokok Punca Utama Kanser Tekak- Rawatan Awal Dapat Menyelamatkan Nyawa
7 thoughts on “Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia”
Leave a Reply to anuar Cancel reply
Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.
- Dulu Terlantar 6 Bulan Lebih, Pesakit Slip Disc Kronik Kini Makin Sihat dan Boleh Bekerja
- Wah Hebatnya – Dapatkan Keahlian Percuma Shaklee Dengan Pembelian Starter Pack
- Nak Buat Surprise Untuk Yang Tersayang? Jom Tempah Perkhidmatan Semenyih Birthday Surprise Delivery Dengan Kak Cla
- Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
Komen Terkini
- Aziz on Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.
- Muslimah on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- Kauthar mohd on Terseksa Sebab Migrain? Atasinya Dengan Set Migrain Shaklee
- Anuar on Banyaknya Manfaat Zinc Pada Kesihatan Lelaki dan Wanita Yang Pasti Buatkan Ramai Teruja!
- wan on Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (45)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (28)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (209)
- Promosi (26)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (82)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (77)
Popular Posts
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips…
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk…
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
Wow!! Best Sangat!
Leukimia atau kanser darah antara penyakit yang cukup ditakuti..
Semoga kita dijauhkan daripada penyakit ini..
Elakkan makan daging burger atau daging yang diproses..
anuar recently posted…Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
bahay kanser darah ni….memang kena sentiasa berjaga-jaga dan menjaga pemakanan serta kehidupan yang sihat dan seimbang.
assalamualaikum.. tuan,sy penghidap kanser leukimia sy ingin tahu sedikit sebanyak kalau bab pemakanan terbatas tak? atau mmg perlu ad pantang?
Assalammualaikum.Tuan sy prnah jatuh sakit secara tiba2 dan diberitahu bhawa sel darah putih sy lbih byk dri sel darah merah bulan 6 tahun 2016..Akan tetapi sy tdk mneruskan apa2 rawatan selanjutnya…sejak 4bulan lalu keadaan tubuh sy semakin hari semakin lemah dan seringkali penat..setiap tanda2 pengidap kanser seperti kerap demam malam,bdn mnggigil,selalu pening kepala,hilang selera mkn dan yg terbaru sy mula berasa loya .Badan sy juga sentiasa berpeluh dan mgalami sakit tulang sendi..die bhgian leher sy juga ad bngkak kecil sbsar guli..tanda lebam pada bhgian bdn juga ad! Adakah sy perlu mnjalani pemeriksaan sekali lg? Sy juga seringkali berasa sakit dibahagian dada sebelah kiri…Adakah sy semakin tenat? penglihatan sy juga mula kabur dan seringkali mngalami tekak berdarah apabila batuk!
Hai Cik Idayu,
Segeralah ke hospital bertemu pakar untuk pemeriksaan selanjutnya. Pakar akan menyarankan rawatan yang sesuai dengan masalah cik nanti.
Assalammualaikum…saya pernah jatuh sakit dan di beritahu sel putih saya lebih bnyk dri sel darah mel…sejak jatuh sakit saya kerap sakit kepala lesu kehilangan berat badan secara mendadak…saya juga mula mangalami hidung berdarah dn air liur saya juga bercampur darah apabila saya meludah..saya tidak membuat apa2 rawatan jadi apakah nasihat tuan?
Hai cik Yana,
Untuk masalah sebegini sebaiknya cik dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital untuk mengenalpasti punca penyakit dan berbincang dengan Doktor tentang rawatan yang sesuai untuk penyakit tersebut. Supplemen seperti Vivix sesuai diambil dan ianya sangat membantu dalam pelbagai aspek kesihatan, namun ianya bukan ubat dan tidak menggantikan rawatan moden.