• Merokok Punca Utama Kanser Tekak- Rawatan Awal Dapat Menyelamatkan Nyawa

    Hai Assalamualaikum dan Selamat Petang semua.

    Pada hari ni Mek ila nak berkongsi informasi  tentang Kanser Tekak. Daripada namanya sahaja, kita dah boleh tahu yang kanser ni terjadi pada bahagian tekak. Bila sebut tentang kanser, ianya memang menakutkan namun pengesanan awal kanser ini boleh menyelamatkan nyawa pengidapnya.

    penyebab-kanser-tekak

    Tanda Tanda kanser Tekak

    Berbanding dengan kanser yang lain, kanser tekak sebenarnya lebih mudah dikesan kerana pesakit akan merasai kesakitan di bahagian tekak. Antara simptom kanser tekak ialah:-

    • tekak berasa perit
    • kahak berdarah
    • sakit telinga
    • nafas berbunyi kuat
    • kesukaran bernafas.

    Selain itu, nodus limfa di luar bahagian leher juga akan membengkak dan suara pesakit juga akan mula berubah.

    Pada peringkat awal,  simptom ini mungkin kelihatan seperti sakit tekak yang biasa namun bagi kanser tekak, masalah ini tidak sembuh, berterusan dan akan semakin buruk. Pertuturan pesakit juga akan  terjejas dan pesakit mungkin mengalami sakit di bahagian telinga.

    Penyebab Kanser Tekak

    Agaknya apakah penyebab kanser tekak ini?

    Menurut Dr Lim Ming Yann, Pakar Penyakit Telinga Hidung dan Tekak, kebanyakan pesakit barah tekak adalah perokok yang mengamalkan tabiat merokok sejak bertahun lamanya. Ini bermakna perokok adalah individu yang sangat berisiko untuk menghidap kanser tekak. Sesetengah pesakit juga didapati minum  minuman keras secara berlebihan. Malah, penjagaan gigi yang kurang bersih juga dikatakan menjadi penyumbang kepada barah mulut dan tekak.

     

    punca-kanser-tekak

    Selain daripada itu, terdapat juga penemuan baru yang membuktikan penyakit ini berpunca daripada virus  human papilloma  (HPV) yang sering ditemui pada mereka yang mempunyai pasangan seksual berbilang selain mengamalkan seks oral. Ha, maka ketahuilah bahawa seks berbilang itu bukan sekadar dilarang agama tetapi membawa banyak keburukan kepad kesihatan.

    Jenis Jenis Kanser Tekak

    Secara ringkasnya, kanser tekak ini boleh dibahagikan kepada  dua jenis iaitu kanser tekak (pharyngeal cancer) dan kanser kotak suara (laryngeal cancer).
    tahap-kanser-tekak

    Sekiranya kanser berlaku pada kotak suara, pesakit akan mengalami masalah mutu suara yang semakin teruk sehingga suaranya boleh hilang.  Malah pesakit juga berkemungkinan kehilangan suara apabila menjalani rawatan di mana sebahagian daripada kota suaranya akan dibuang semasa pembedahan atau semasa menjalani rawatan radiasi.

     

    Diagnosis Kanser Tekak

    Bagaimana kanser ini dikesan?

    Sekiranya pesakit mengalami masalah sakit tekak yang berlarutan, mempunyai tanda-tanda awal kanser yang disebutkan di atas dan tidak juga sembuh selepas dua minggu, maka pesakit perlu berjumpa doktor. Ingat pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.

     Untuk ujian pengesanan kanser tekak, Doktor biasanya akan mengambila sample tisu di bahagian tekak melalui proses laryngoscopy. Satu tiub akan dimasukkan ke dalam tekak untuk pengambilan sample. Sample tadi akan diuji di makmal untuk pengesahan. Sekiranya ujian adalah positif, pesakit perlu menjalani rawatan yang selanjutnya seperti pembedahan, kimoterapi atau radioterapi atau gabungan rawatan rawatan tersebut.
    Tidak dinafikan proses rawatan yang dijalankan akan memberikan rasa sakit dan kesan sampingan kepada pesakit. Pesakit biasanya akan hilang selera makan, anemia, hilang berat badan, keguguran rambut, sembelit dan mudah mendapat jangkitan akibat antibodi badan yang telah lemah.


    Jom Kita Cegah Kanser Tekak

    Tidak seperti kanser lain yang sukar ditentukan penyebabnya, risiko untuk menghidap kanser tekak boleh dikurangkan atau dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat. Memandangkan perokok tegar berisiko untuk menghidap kanser ini, memilih untuk berhenti merokok adalah lebih baik. Sama juga dengan minuman keras atau alkohol yang kita tahu mempunyai kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Malah amalan seks bebas atau berbilang pasangan juga perlu dielakkan.

    Bagi yang ingin berhenti merokok atau mengurangkan ketagihan merokok, Mek ila sangat mencadangkan pengambilan Vivix. Seperti yang pernah Mek ila kongsikan dulu pengambilan Vivix telah banyak membantu perokok tegar untuk berhenti merokok.

     

    Testimoni Berhenti Merokok Dengan Vivix

     Ayah Perokok Tegar sampai kembang dan rosak paru parunya.
    Disebabkan ayah tak nak ke hospital, anak ikhtiar belikan Vivix untuk ayah.
    Alhamdulillah kini ayah dah berhenti merokok, kesihatan pun makin baik.
    Recomended sangat Vivix untuk berhenti merokok!

    vivix-bantu-berhenti-merokok

    Namun sekiranya anda telah pun menghidap Kanser ini, jangan mudah berputus asa. Selain mendapatkan rawatan di hospital, Pengambilan Vivix yang kaya dengan resveratrol juga telah banyak membantu pesakit kanser untuk kembali pulih.

    Pengambilan Vivix secara berterusan sangat membantu dalam proses menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular (DNA) dan juga proses kematian sel kanser (apoptosis).

    Dapatkan Vivix dengan menghubungi Mek ila melalui whatsapp 012-8943453 hari ini.

    Bagi yang ingin membeli Vivix secara online dan dihantar terus ke rumah juga, boleh membuat pembelian Online di website Shaklee .

    Order Now

    (Visited 193 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , ,

    One thought on “Merokok Punca Utama Kanser Tekak- Rawatan Awal Dapat Menyelamatkan Nyawa

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge