• Cermin Kereta Retak? Ketahui Cara Tukar Cermin Kereta Menggunakan Claim Insurans

    Hai Assalamualaikum pembaca semua. Semoga sihat semuanya ye.

    Kalau kereta rosak, kita hantar ke bengkel kan? Kalau cermin kereta pecah, kenalah hantar ke kedai cermin kereta pula. Tapi bagi yang ada insurans untuk cermin, dokumen yang lengkap diperlukan supaya kita boleh buat claim dengan mudah.

    Hari ni Mek ila ingin berkongsi cara-cara menukar cermin kereta yang retak atau rosak menggunakan claim insurans. Sebelum nak claim ni, kena pastikan insurans kereta yang kita beli setiap tahun tu ada perlindungan (cover) tambahan untuk cermin kerete. Untuk cover cermin, memang kita kena bayar lebih sebab ianya tidak termasuk dalam perlindungan yang asas.  Sebagai contoh Mek ila kena bayar tambahan RM75  kepada polisi asas untuk perlindungan dan gantian cermin kereta. Dengan RM75 ni, had tuntutan gantian untuk cermin kereta adalah sebanyak RM500.

    cara-tukar-cermin-kereta-pecah-guna-claims-insurans

    Cara Tukar Cermin Kereta

    Jom kita tengok apa perlu buat bila cermin kerete pecah atau retak.

    1. Dapatkan salinan cover note insurans. Kalau katakan cover note ni dah hilang atau tersalah letak, hubungi semula pihak insurans untuk mendapatkan salinan. Pastikan dalam cover note ni ada maklumat perlindungan tentang cermin untuk membolehkan kita buat claim.
    2. Dapatkan salinan geran kereta. Kalau tiada salinan ni, memang kena minta pada pihak bank di mana kita membuat pinjaman untuk pembelian kereta.
    3. Sediakan salinan fotostat Kad Pengenalan dan Lesen Memandu.
    4. Semak senarai panel yang disahkan oleh syarikat. Pembaca boleh terus ke kedai tersebut atau sebaiknya buat appoinment dulu supaya tidak menunggu lama.

    Macam Mek ila ni, asalnya cermin kereta cuma retak kecil jadi tiadalah nak kena tukar on the spot. Bila Mek ila call salah sebuah panel Kedai, mereka cadangkan untuk Mek ila terus hantar ke Bengkel Pakar Cermin Kereta yang terletak di jalan Reko. Agak mudah untuk mencari kedai ni kerana ianya terletak bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai, Jalan Reko Kajang.

    pakar-cermin-kereta-jalan-reko

    Nampak tak cermin yang retak ni? Asalnya cuma sedikit akibat terkena batu yang terjatuh daripada lori. Lama kelamaan jadi lebar pula.

    cermin-kereta-retak

    Tak lama pun menunggu di kedai ni. Mek ila hantar dalam jam 4.00, jam 5.15 petang dah pun siap. Sebelum balik, kita kena sign satu lagi borang yang disediakan oleh pihak Insurans. Layanan pekerja di kedai ini pun sangat memuaskan hati. Memang recomended pada kawan-kawan yang nak tukar cermin kereta.

    (Visited 6,562 times, 24 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags: ,

    One thought on “Cermin Kereta Retak? Ketahui Cara Tukar Cermin Kereta Menggunakan Claim Insurans

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge