• Mencari Supplemen Untuk Patah Tulang? Ketahui Bagaimana Hebatnya Vivix Dalam Membantu Masalah Ini

    Assalamualaikum pembaca semua.

    Semoga semuanya sihat pagi ini. Hari ini Mek ila nak kongsikan dengan lebih lanjut tentang masalah patah tulang. Biasanya masalah patah tulang ni terjadi apabila seseorang tu mengalami kecederaan sama ada terlibat dalam kemalangan, terjatuh atau pun dihempap benda benda yang berat.

    rawatan-patah-tulang

    Mek ila pun pernah mengalami patah yang ringan apabila tabla Arif yang berat itu terjatuh ke atas jari-jari kaki. Memang terus keluar air mata dan kaki kemudiannya menjadi bengkak hingga tidak boleh berjalan. Bila x-ray esoknya Dr kata tulang di bahagian jari kaki tersebut patah dan telah  beralih kedudukannya. Patutlah sakit sangat. Namun Alhamdulillah setelah 1 minggu mengambil Vitamin Shaklee, kaki dah sihat sepenuhnya. Syukur, ubat tahan sakit pun Mek ila tak ambil, cuma ambil Vitamin B Complex sebagai ubat penahan sakit semulajadi.

    Itu patah yang sangat ringan, namun patah tulang yang diakibatkan oleh kemalangan adalah lebih kritikal. Jom kita tengok jenis-jenis patah yang sering berlaku.


    Jenis Jenis Patah Tulang.

    Ada beberapa jenis patah tulang atau fraktur yang biasa ditemui:

    • Fraktur tertutup – frakur yang berlaku di mana tiada luka ataupun tulang yang patah itu tidak terdedah kepada udara luar

    jenis-jenis-patah-tulang

    • Fraktur terbuka – kepatahan tulang yang mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar
    • Fraktur penuh – kepatahan tulang yang berlaku dimana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan
    • Fraktur tidak penuh – keretakan yang berlaku kepada tulang tersebut
    • Fraktur stres – fraktur yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang berulang di mana tulang itu tidak dapat menahan bebanan tersebut seperti aktiviti berlari atau kawat. Tulang akan mengalami keretakan yang amat halus di mana tidak dapat ditunjukkan oleh sinar x pada peringkat awal

    Berdasarkan pengalaman Mek ila sendiri dan para customer sendiri, memang ada kes-kes patah yang boleh sembuh dengan sendirinya selepas beberapa minggu hingga ke beberapa bulan. Namun terdapat juga kes kes yang lebih kritikal di mana pertumbuhan tulang sangat lambat, kawasan tulang mengalami jangkitan dan pesakit perlu dibedah lebih daripada sekali.

    supplemen-patah-tulang

    Antara Kes Patah Tulang Yang Tidak Sembuh

    Oleh yang demikian, pengambilan supplemen untuk Patah Tulang sangat digalakkan diambil secepat mungkin selepas masalah patah tulang berlaku atau selepas pembedahan dijalankan. InsyaAllah proses penyembuhan luka dan pertumbuhan tulang adalah lebih cepat berbanding kadar biasa. Malah ia juga membantu pesakit meningkatkan imun tubuh dan mengelakkan daripada jangkitan berlaku.


    Supplemen Untuk Penyembuhan Patah Tulang

    Untuk patah tulang yang kritikal pengambilan Vivix dan Ostematrix sangat-sangat penting untuk memepercepatkan proses penyembuhan. Set ini merupakan Set basic kepada masalah tulang patah. Bagi pesakit yang berkemampuan memang Mek ila sangat galakkan ambil Set ini walaupun ianya sedikit mahal. Mahal tetapi sangat berbaloi dan setanding dengan khasiatnya.

    set-rawat-patah-tulang-shaklee

    Fungsi Set Patah Tulang

    Set ini membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit yang mengalami masalah tulang patah atau tulang retak. Antara khasiatnya ialah;

    1. Mempercepatkan penyembuhan luka
    2. Mempercepatkan proses pertumbuhan tulang dan sel-sel yang tercedera/mati.
    3. Menguatkan tulang dan mengelakkan kekejangan otot akibat kepatahan.
    4. Menguatkan imun tubuh dan membantu mengelakkan jangkitan pada bahagian luka atau patah.
    5. Merawat keradangan atau bengkak dan bertindak sebagai pelincir untuk memudahkan pergerakan.


    Jom Tengok Apa Kata Pengguna Set Ini

    Salah seorang pengguna set ini adalah customer Mek ila – Ms Ang namanya. Beliau membeli set ini untuk abangnya yang mengalami kemalangan baru-baru ini.

    Abang beliau mula mengambil Vivix dan Ostematrix pada 20 November 2016 secara konsisten. Pada 4 Disember beliau repeat order lagi untuk Ostematrix. Sangat menggembirakan bila tak sampai 2 minggu, Dr menyatakan yang tulang patah tadi telah pun mula bersambung.

    vivix-untuk-patah-tulang-testimoni

    Selain Ostematrix untuk abangnya, Ms Ang juga order Vitamin C buat pertama kali untuk kakak iparnya yang juga terlibat dalam kemalangan. Kakak ipar beliau hanya luka tetapi lukanya manjadi bernanah dan terdapat jangkitan.

    rawatan-luka-bernanah

    Memang bahaya kan, siapa sangka walaupun sekadar luka kecil ianya boleh bernanah dan mengalami jangkitan. InsyaAllah dengan supplemen yang betul juga, proses penyembuhan luka dapat dipercepatkan.

    Jadi pada rakan-rakan yang mengalami masalah patah tulang, retak dan sebagainya pastikan kita mengambil supplemen yang sesuai untuk membantu masalah ini. Pengambilan awal bukan sekadar membantu proses penyembuhan tetapi dapat mengelakkan berlakunya masalah lain yang tidak terduga.

    Whatsapp Mek ila 012-8943453 hari ini untuk mendapatkan konsultais percuma & pembelian Set PatahTulang.

     

    (Visited 141 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , , ,

    One thought on “Mencari Supplemen Untuk Patah Tulang? Ketahui Bagaimana Hebatnya Vivix Dalam Membantu Masalah Ini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge