• Percutian Santai Penuh Keriangan di Homestay Ibu Batang Kali

    Cuti-cuti sekolah ni memang menyeronokkan terutama untuk anak-anak. Selain daripada anak-anak menghadiri Kem Cuti sekolah, sempat juga Mek ila  sekeluarga bercuti di beberapa tempat. Memang perasan sangat sejak anak-anak dah besar ni, lokasi percutian wajib ada aktiviti dengan air. Tak sah kalau tak mandi manda sama ada di tub mandi atau kolam. Banyak banyak tempat, percutian di Homestay Ibu ni memang menyeronokkan dan memberikan pengalaman baru pada anak anak dan Mek ila sekeluarga.

    homestay-batang-kali-best-homestay-ibu

    Walaupun Mek ila berasal dari kampung dan sekarang pun tinggal di kawasan kampung, lain sedikit suasana di Homestay Ibu ni. Dengan cuacanya yang sejuk pada waktu malam kerana berdekatan juga dengan Genting Highlands, waktu pagi dan petang adalah waktu waktu yang menyeronokkan. Bangun je pagi, dah terdengar kicauan burung. Buka je tingkap dah nampak anak anak ayam dan itik berjalan sana sini. Belum lagi dengan anak-anak kucing yang dibela oleh jiran-jiran.

    homestay-ibu-homestay-batang-kali-best

    Homestay Ibu ni pun selesa. Ala ala hotel di kawasan kampung. Ada aircond, ruang tamu, astro/Njoi, meja makan, dapur, mesin basuh dan juga bilik air. Apa yang Mek ila tahu ramai pengunjung homestay datang sekadar untuk bermalam tapi kalau datang untuk bercuti pun best tau. Maklumlah di sekitar Batang Kali ni ada banyak tempat menarik dan pengunjung boleh menikmatinya tanpa mengeluarkan belanja yang besar. Bagi yang ingin merasai suasana kampung dan menerokai alam semulajadi, jom follow aktiviti yang Mek ila buat dengan anak-anak ini.


    Memancing Ikan di Kolam Ikan

    Kami sampai di Homestay sekitar jam 3.00 petang. Dari awal awal lagi Arif dah plan dengan Papa untuk pergi memancing. Sebenarnya Mek ila pun tak pernah lagi pergi memancing di kolam ni, jadi excited juga nak ikut bersama. Seronoknya memancing di kolam ini ialah kerana kolam ini memang kolam ikan. Jadi memang seronok sebab dah comfirm akan dapat ikan tanpa perlu menunggu lama.

    homestay-batang-kali-homestay-ibu-aktiviti-memancing
    Untuk masuk pengunjung tidak dikenakan bayaran tetapi kita akan dicaj mengikut harga ikan yang dibawa pulang iaitu RM12/kilo.  Ikan pun besar dan dah tentunya sangat fresh. Hampir 2 kilo ikan berjaya dipancing oleh suami dan anak-anak. Paling tak tahan bila tiga tiga orang ni berebut nak tarik dan naikkan  ikan yang berjaya dipancing. Malam itu selain beli Tomyam di kedai, lauk istimewa kami ialah Ikan Goreng Talapia Merah yang ditangkap tadi. Lupa nak snap sebab dah lapar, hahah.

    Mandi Kolam Air Panas

    Esok paginya selepas sarapan kami ke Kolam Air Panas pula. Mula-mulanya rasa berat hati juga nak bagi anak-anak mandi kolam. Ialah risau keselamatan mereka apatahlagi   banyak kes-kes kencing tikus ni kan. Tapi bila sampai, tengok kolam air panas ni bersih dan selesa. Jadi mandilah anak-anak dengan gembiranya. Mek ila yang tak bawa baju mandi ni pun main main air di dalam kolam.

    homestay-batang-kali-homestay-ibu-aktiviti-mandi-kolam

    Kolam air panas ni ada 3 kolam semuanya. Kolam pertama memang sangat panas dan tidak boleh dimasuki. Kolam kedua pula agak suam suam dan sesuai untuk mandi. Masukkan kaki ke dalam kedua pun dah buatkan kita berpeluh macam dalam suana. Kolam ketiga pula adalah kolam yang sangat besar untuk anak anak bermandi manda. Memandangkan kami datang awal pagi, memang tak ramai pun pengunjung lagi. Memang seronok lah Arif & Akmal bermain air. Bila dah letih kami pun pulang ke homestay dan berkemas kemas untuk pulang semula ke Semenyih.

    Walaupun percutian ni sangat ringkas, ianya memang berbaloi dan disukai oleh anak-anak. Back to Nature sangat. Terus lupa nak minta tab atau tengok phone. Mek ila pun seronok sebab dapat join sekaki + dapat makan ikan goreng yang fresh. InsyaAllah lain kali kalau datang nak buat Ikan Bakar Talapia berkuah pula.

    Kalau pembaca nak bercuti di Homestay ni, boleh hubungi nombor di bawah ye!

    homestay-batang-kali-cantik-dan-bersih-homestay-ibu

    (Visited 273 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , , , ,

    One thought on “Percutian Santai Penuh Keriangan di Homestay Ibu Batang Kali

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge