• Buasir Ketika Hamil? Ketahui Bagaimana Set Hamil Shaklee Boleh Bantu Supaya Mama Tidak Menangis Kesakitan Lagi!

    Masalah sembelit di kalangan ibu hamil memang sering berlaku. Namun jika dibiarkan, ianya boleh membawa kepada keadaan yang lebih menyakitkan. Sembelit teruk, berak berdarah, buasir memang menyakitkan dan boleh membuatkan mama jadi trauma semasa hendak ke tandas. Malah keadaan jadi lebih teruk apabila mama akhirnya bersalin dan ditambah pula dengan luka jahitan. Memang menangis dibuatnya.

    Mengapa Mama Mudah Terkena Buasir Ketika Hamil?

    Semasa hamil, jumlah darah dalam badan ibu akan bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.  Salur-salur darah di bawah  rahim mama lebih berisiko untuk  untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada bayi yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa mama mudah mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil.  Selain itu, buasir juga boleh berpunca daripada sembelit yang tidak dirawat.

    Tips Kurangkan Risiko Sembelit dan Buasir Semasa Hamil

    Untuk mengurangkan risiko mendapat buasir, mama digalakkan untuk melakukan perkara-perkara di bawah:-

    1. Makan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
    2. Minum air masak yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

    1. Membuat senaman kagel atau senaman lantai pelvis. Senaman ini membnatu meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum.
    2. Jangan lengahkan diri atau melewatkan waktu ke tandas. Pergi ke tandas sebaik sahaja mama terasa hendak membuang air. Jika dilewatkan, najis  akan menjadi  kering dan keras.
    3. Tinggikan atau aikkan kaki ke atas bangku semasa mama  membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk memudahkan pergerakan najis keluar.

    Set Hamil Shaklee Bantu Mama Pulih Daripada Masalah Buasir

    Pengalaman Pn N ni memang terbaik. Selepas sembelitnya menjadi teruk dan berdarah, beliau menghubungi Mek ila untuk mencuba Set Buasir ini yang sememangnya set vitamin yang ada dalam Set Hamil Shaklee.

    Alhamdulillah selepas seminggu, mula terdapat perubahan yang baik. Malah lebih menggembirakan selepas bersalin pun beliau tidak langsung mengalami masalah sembelit. Baby juga katanya putih dan gebu.

    Mama, jangan biarkan masalah buasir mengganggu. Rawat sekarang dengan menghubungi Mek ila : 012-8943453 sekarang.

    (Visited 76 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge