• Ketahui 6 Penyebab Utama Kulit Mudah Berjerawat!

    Hai Assalamualaikum pembaca semua ~

    Muka yang bersih dan tanpa jerawat sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Bagi yang mempunyai masalah kulit muka memang rasa tension juga terutamanya bila jerawat tiba-tiba datang bertamu. Itu jugalah yang Mek ila rasai apabila kulit muka tiba tiba bermasalah disebabkan oleh perubahan hormon baru-baru ini.

    Jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut.

    Ada banyak sebab mengapa jerawat boleh terjadi, jom kita tengok dulu 6 punca utama jerawat.

    Punca Jerawat

    1. Perubahan Hormon atau Hormon Tak Stabil.
    Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan wanita  pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat. Jerawat juga mudah terjadi apabila seseorang wanita hamil, datang bulan atau selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan.
    2. Kehadiran Bakteria Jerawat
    Bakteria Propionibacterium acnes  pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai bakteria yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

    3. Pemakanan
    Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas, tetapi makanan yang kita makan mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan. Insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit. Sebagai contoh ada sahaja orang yang akan mengalami jerawat bila makan makanan tertentu seperti kacang, ayam dan sebagainya.
    4. Tekanan
    Siapa sangka tekanan atau stress juga boleh menyebabkan jerawat. Apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

    5. Penggunaan Alat Solek

    Pemilihan produk kecantikan dan alat solek yang salah juga boleh menyebabkan jerawat. Apatahlagi jika kita tidak  membersihkan kulit dengan sempurna selepas menggunakan alat solek. Produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia merbahaya atau terlarang juga boleh merosakkan kulit.

    6. Pendedahan Berterusan Kepada Matahari

    Pendedahan berterusan kepada matahari akan menyebabkan kulit berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma. Bukan sekadar berpeluh, kulit juga boleh terbakar (sun burn) sekiranya kita tidak memakai pelindung UV.


    Rawat Punca Jerawat Dengan Set Jerawat Shaklee

    Set premium ini menawarkan penyelesaian kepada masalah jerawat. Pengguna amat disyorkan untuk mengambil Set Premium ini atau kombinasi vitamin mengikut masalah yang dihadapi. Dengan pengambilan yang konsisten, masalah jerawat dapat diatasi dan kulit wajah kembali berseri.

    Nak dapatkan Set ini, Whatsapp Mek ila : 012-8943453 untuk pembelian.

    (Visited 72 times, 1 visits today)

    Categories: Umum

    One thought on “Ketahui 6 Penyebab Utama Kulit Mudah Berjerawat!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge