• Kisah Vivix, Bagaimana Ia Manyekat Pembahagian Sel Sel Kanser Di Peringkat Selular

    Pada minggu yang lepas, Mek ila mendapat panggilan telefon di tengah malam. Rupa-rupanya customer ini mencari Vivix untuk rakannya yang mengalami kanser paru-paru. Katanya kesan kimoterapi yang dilalui oleh rakannya itu kelihatan teruk dan beliau ingin ikhtiar dengan Vivix bagi mengurangkan kesan sampingan kemoterapi dan memberikan tenaga kepada pesakit. InsyaAllah, mudah-mudahan pengambilan Vivix dapat membantu rakan beliau untuk menempuhi kehidupan dengan lebih baik walaupun sedang menjalani proses kimoterapi.

    Sambil sambil tu Mek ila nak kongsi juga khasiat Vivix terutamanya untuk pesakit kanser dan bagi kita yang sihat ini sebagai ikhtiar untuk mengelakkan kanser. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, ianya dapat membantu lebih ramai pesakit di luar sana.

     

    Bila Sel Kita Tidak Mati

    Tubuh manusia  terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.

    Sel-sel tubuh yang mati secara teratur ini dipanggil sebagai apoptosis.

    Bagaimana Kanser Bermula

    Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati seperti sepatutnya, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

    Ini biasanya berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan yang tidak aktif dan bercelaru. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

    Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Kanser?

    Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkesan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Resveratrol juga merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah. Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains dan Teknologi, Universiti Ohio, AS, pada tahun 1997 membuktikan kejayaan resveratrol menyekat pembahagian sel-sel kanser di peringkat selular (DNA).

    Pengambilan Vivix secara konsisten dapat melindungi DNA manusia juga membantu membaikpulih DNA bermasalah yang berisiko menjadi sel-sel kanser. Inilah peranan ViVix sebagai salah satu ikhtiar terbaik di dalam membantu kita mengelakkan atau menyekat pembahagian sel sel kanser di peringkat selular.

    Sekiranya pesakit telah menjalani kimoterapi pula, Vivix diambil bagi mengurangkan kesan sampingan kimoterapi di samping membekalkan tenaga kepada pesakit. Maklumlah kimoterapi bukan sekadar membunuh sel-sel kanser, sel tubuh yang sihat juga akan terbunuh sama. Macam customer tersebut, rakannya mengalami keletihan dan kelesuan, malah muntah muntah dan tidak lalu untuk makan.

    Pengambilan Vivix membantu dalam penghasilan mitokondria untuk tubuh. Mitokondria ni umpama kilang kuasa tenaga bagi sel kita. Malah kajian menunjukkan bahawa resveratrol membantu meningkatkan bilangan mitokondria dalam tubuh dan seterusnya menggalakkan penghasilan tenaga yang sihat. Bila sel-sel kita bertenaga, badan pesakit juga akan lebih sihat dan bertenaga. Jadi memang sesuai sangatlah ambil Vivix ini.

    Nak dapatkan Vivix? Whatsapp Mek ila 012-8943453 untuk konsultasi dan pembelian.

    (Visited 145 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: ,

    One thought on “Kisah Vivix, Bagaimana Ia Manyekat Pembahagian Sel Sel Kanser Di Peringkat Selular

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge