• Nephrotic Syndrome Di Kalangan Kanak Kanak – Jom Bantu Tingkatkan Imun Mereka!

    Assalamualaikum pembaca semua.

    Apa khabar? semoga semuanya sihat-sihat selalu. Dalam entry yang lepas, Mek ila ada kongsikan tentang masalah nephrotic yang berlaku pada orang dewasa.  Kali ini Mek ila nak kongsikan pula masalah nephrotic yang  berlaku kepada kanak-kanak.

     

    Nephrotic Syndrome adalah keadaan di mana penapis glomeruli pada buah pinggang telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan pesakit mengalami kehilangan protein daripada tubuh melalui air kencing hingga menyebabkan paras protein di dalam darah menjadi rendah. Protein dalam darah yang rendah akan menyebabkan pembengkakan di sekitar mata, perut dan kaki. Penyakit ini dikatakan berlaku kira-kira 2-15 kes bagi setiap 100,000 orang kanak-kanak setiap tahun.

    Penyebab Nephrotic Syndrome

    Sehingga kini penyebab nephrotic syndrome pada kanak-kanak belum diketahui namun kebanyakan pakar mengaitkan masalah ini dengan sistem imun badan. Penyakit ini tidak diwarisi malah ianya bukan disebabkan oleh jangkitan yang khusus mahupun disebabkan oleh makanan. Walau bagaimanapun di kalangan kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa, penyakit ini boleh berlaku berikutan masalah perubatan yang lain seperti kencing manis /diabetes atau SLE.

    Rawatan dan Pemantauan

    Ubat yang disarankan untuk rawatan nephrotic syndrome di kalangan kanak-kanak ialah sejenis steroid iaitu prednisolone. Penggunaan prednisolone dan dos ubat akan  dikira berdasarkan berat dan tinggi kanak-kanak. Beberapa kesan sampingan penggunaan ubat ini adalah seperti peningkatan selera makan, rasa sakit di bahagian perut, kehilangan kalsium daripada tubuh dan boleh meningkatkan tekanan darah.

    Tingkatkan Imun – Cegah Nephrotic Daripada Berulang

    Kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan respon positif dengan ubat prednisolone. Walaupun begitu, masalah nephrotic ini kerap berlaku semula atau berulang. Pada kebiasaannya bila anak kurang sihat, masalah kehilangan protein akan terjadi semula dan pembengkakan di anggota tubuh akan berlaku. Apabila berlaku,  anak akan dimasukkan semula ke hospital untuk rawatan dan pemantauan.

    Salah satu langkah terbaik untuk mencegah atau mengurangkan masalah ini ialah dengan meningkatkan imun tubuh mereka. Bagi kanak-kanak yang berusia setahun ke atas, mama dan papa boleh memberikan Set Vitamin Kanak Kanak iaitu Mealshakes, Chewable Vitamin C dan Omega Guard. Bagi kanak-kanak yang lebih dewasa, Nutriferon dan Vivix boleh diberikan mengikut dos yang sesuai.

    Alhamdulillah, Perubahan Ketara Nampak Dalam Tempoh 3 Minggu

    Teringat lagi 2 bulan yang lalu, Puan ini membelikan Vivix danNutriferon untuk anaknya yang juga mempunyai masalah Nephrotic Syndrome. Semasa beli ini, anaknya sedang mengalami edema yang agak teruk dan sedang di dalam wad. Memandangkan beliau sedang menjalani rawatan dan paras kalsium dalam darah  juga sangat rendah, Mek ila syorkan supaya dilewatkan sedikit pemberian supplemen ini sehingga keadaan anaknya sedikit reda. Dan syukur Alhamdulillah kerana ketika menghubunginya semalam, feedback yang sangat positif diberikan oleh si ibu.

    Sebagai ibu, Mek ila turut berasa gembira dan bersyukur dengan perubahan ini. Mudah-mudahan anak puan ini akan bertambah sihat dan dapat meneruskan kehidupan hariannya seperti anak-anak sebayanya yang lain. Kesihatan mereka, satu kebahagiaan buat kita yang bergelar ibu dan ayah.

    Ingin mendapatkan Set Vitamin ini? Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 85 times, 1 visits today)

    Categories: Info Kesihatan, Produk Shaklee

    Tags: , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge