• Konsisten Ambil Vivix dan Vitamin Shaklee, Masalah Resdung dan Jerawat Kini Pulih

    Hai Assalamualaikum pembaca semua.

    Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat selalu ye.

    Sambil rehat-rehat dan minum petang ni,  Mek ila nak kongsikan lagi kisah dan testimoni Vivix daripada Supermom Shaklee Story ini.

    Kali ni pula, adalah kisah kegembiraan daripada Cik Norshahida Mamat, seorang pelajar kolej yang mengalami masalah resdung dan jerawat yang dahsyat dan kini makin pulih setelah mengambil Vivix dan Vitamin Shaklee yang lain.

    Jom kita baca ye!

    Konsisten Ambil Vivix dan Vitamin Shaklee, Masalah Resdung dan Jerawat Kini Pulih

    Nama saya Norshahida Mamat dan berusia 23 tahun. Saya berasal daripada Terengganu dan masih lagi bergelar pelajar di sebuah kolej swasta. Sebelum ini, saya menghadapi masalah resdung dan jerawat yang amat dahsyat sehingga mengganggu banyak tumpuan saya terhadap rutin harian. Setiap pagi, saya pasti akan mengalami masalah bersin yang teruk sehinggakan nak kelas pun saya rasa tak selesa.

    Belum lagi bab jerawat yang penuh di wajah sehinggakan saya rasa malu dan seolah rasa rendah diri. Lagi-lagi bila time datang bulan, bertambah meriah jerawat di wajah saya ni! Masalah resdung ini bukan sahaja membuat bahagian hidung dan seluruh wajah saya menjadi gatal-gatal, malahan ada masanya sehingga tahap saya sakit kepala. Keadaan ini amat mengganggu situasi saya sebagai seorang pelajar kolej.

    Pada ketika itu, rawatan yang saya mampu dan tahu hanyalah bergantung dengan ubat-ubatan yang dapat daripada farmasi. Memang berkesan namun hanyalah sementara. Namun, jika saya stop aje makan ubat terus simptom-simptom tadi datang balik. Akhirnya, mimpi ngeri saya mula tiba ke penghujungnya apabila saya bertemu dengan produk Shaklee di Facebook upline saya, Mami Ayu Adyani.

    Setelah menceritakan masalah yang saya hadapi serta sessi konsultasi bersama beliau; saya disyorkan untuk mengambil Vivix sebagai permulaan dengan sukatan satu pada waktu pagi dan satu sudu pada waktu malam. Selain itu, saya turut mengambil produk Shaklee yang lain iaitu kolagen, Alfalfa Complex, Vitamin C, Omega Guard dan ESP; dan masih mengamalkannya sampai hari ini.

    Krisis Pemulihan Hampir 2 Bulan

    Kesannya pada peringkat awal tidaklah seperti yang saya harapkan. Saya mengalami krisis pemulihan selama hampir 2 bulan lamanya. Saya kerap mengantuk dan keletihan, semakin kerap bersin dan paling saya tak suka, makin banyak pula jerawat yang keluar. Namun, sebab saya dah aware mengenai hal ini semasa sessi konsultasi, maka saya teruskan pengambilan suplemen Shaklee secara konsisten.

    Alhamdulillah, berkat istiqomah dan sabar mengamalkan suplemen Shaklee seperti yang diajar oleh upline saya, dalam masa lebih kurang 9 bulan masalah resdung saya lama-kelamaan kian berkurangan dan beransur pulih. Tiada lagi masalah bersin di waktu pagi dan paling best, jerawat di muka kian berkurangan! Malahan, kalau ada pun cepat kecut.

    Saranan saya untuk anda semua di luar sana, cubalah produk Shaklee kerana suplemen Shaklee adalah semulajadi, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan setiap satu produk telah menjalani ujian klinikal. Saya juga syorkan anda buat juga research tentang produk Shaklee yang sesuai dengan anda di samping mendapatkan konsultasi daripada SID yang boleh guide anda sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

    Juga, jangan lupa untuk sabar dan konsisten amalkan produk Shaklee ini. Sememangnya saya sangat berpuas hati dengan produk Shaklee dan konsultasi yang diberi oleh upline saya. Inilah Shaklee Effect saya!

    *******************************************************************

    Alhamdulillah kan, Mek ila turut seronok mendengarnya. Memang benar, kesan pengambilan supplemen tidak sama pada setiap orang. Ada yang cepat, ada yang lambat bergantung pada tubuh kita sendiri. Namun seandainya kita konsisten, InsyaAllah hasil yang baik pasti menanti. Dengan Shaklee pula, kita tak risau nak mencuba kerana terdapat jaminan ianya selamat dan 100% semulajadi tanpa sebarang pewarna atau perasa tiruan mahupun sebarang bahan kimia merbahaya yang boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan untuk tempoh jangka panjang.

    Nak dapatkan Vivix dan Vitamin Shaklee? Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk pembelian dan konsultasi.

    (Visited 36 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , , ,

    2 thoughts on “Konsisten Ambil Vivix dan Vitamin Shaklee, Masalah Resdung dan Jerawat Kini Pulih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge