• Permohonan Untuk Memasuki Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor Kini Dibuka!

    Hai Assalamualaikum pembaca semua.
    Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat selalu.

    Bagi mama dan papa yang mempunyai anak-anak yang berusia 6 tahun pada tahun ini dan tinggal di negeri Selangor, saja Mek ila nak war-warkan yang permohonan untuk memasuki sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) telah pun dibuka. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menghantar anak-anak mama dan papa ke SRAI ini.

    Bermula pada 3 April ini, memandangkan 1 April adalah hari cuti, borang permohonan bagi menduduki Ujian Kelayakan Murid Tahun Satu Sesi 2018 telah pun dibuka sehingga 28 April nanti. Borang permohonan boleh diambil di SRAI yang berdekatan dengan tempat tinggal mama dan papa. Macam Mek ila di Semenyih, ada 2 buah sekolah yang agak berdekatan iaitu di Pekan Beranang dan Bandar Baru Bangi. Mek ila cuba untuk mendapatkan Senarai Sekolah Rendah Agama ini di laman web JAIS tapi sayangnya tak jumpa pula senarai itu. Jika ada nanti, Mek ila update ye!

    Bagaimana Nak Mohon Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) ?

    1. Syarat pertama ibu, bapa dan anak adalah Warganegara
    2. Syarat kedua, anak kita telah pun mendaftar di Sekolah Kebangsaan (KPM) sebab kena sertakan sekali surat pengesahan ni.
    3. Kena beli borang kemasukan/ Ujian Kelayakan Murid Tahun Satu (UKS) di sekolah SRAI yang ingin kita masukkan anak tu. Maksudnya beli di sekolah yang spesifik tu. Bayaran adalah sebanyak RM10.00
    4. Hantar borang tadi beserta dokumen yang diperlukan.
    5. Buku contoh soalan UKS juga dijual dengan harga RM12/unit

    Nanti pihak sekolah akan makluman tarikh Ujian dan surat rasmi juga akan dihantar ke alamat pemohon. Macam Mek ila dulu pun, selalu juga call pihak sekolah untuk pastikan tiada info yang kami tertinggal. Maklumlah impian Arif adalah untuk bersekolah di Sekolah Agama sejak dulu lagi. Alhamdulillah impian Arif jadi kenyataan apabila beliau lulus dalam ujian ini dan terpilih untuk memasuki SRAI ini.


    Tips Untuk Mama dan Papa

    Berdasarkan maklumat yang Mek ila perolehi, pada setiap tahun pemohon yang ingin memasuki SRAI semakin bertambah. Malah semasa ujian kelayakan di sekolah Arif dahulu, hanya 40% daripada ana-anak yang menduduki ujian tersebut, berjaya mendapat tempat. Jadi tips terbaik adalah sentiasa sama-sama membantu anak di dalam mengulang kaji pelajarannya. Malah macam Arif dahulu di tadikanya, tiada subjek Bahasa Arab. Jadi Mek ila mengambil inisiatif mengajar Arif istilah bahasa Arab yang mudah dan simple seperti angka, anggota badan dan beberapa perkataan pertama.

    SRAI sering menjadi pilihan ibu bapa termasuk Mek ila kerana silibus nya yang telah combine pendidikan konvensional dan agama. Maksudnya anak-anak hanya pergi ke satu sekolah sahaja. Tapi seriously bila tengok anak-anak di sini belajar, Mek ila lagi rasa bangga dengan cara-cara cikgu mengajar mereka. Setiap pagi sebelum masuk ke kelas ada perhimpunan, mengaji dan lain-lain. Waktu balik sekolah pun sama, berhimpun beramai-ramai membaca doa dan sebagainya sebelum bersurai. Malah selepas tamat persekolahan pada jam 3.30 petang, anak-anak boleh mengikuti kelas Iqra’ (optional) selama 1 jam lagi.

    All the best!

    (Visited 1,081 times, 4 visits today)

    Categories: Family Arif, Khidmat Masyarakat

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Permohonan Untuk Memasuki Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor Kini Dibuka!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge