• Siksanya Bila Kena Demam Virus. Ketahui Tentang Demam Virus atau Viral Fever!

    Pada minggu yang lepas Mek ila sekeluarga dijangkiti Viral Fever. Inilah pertama kali Mek ila mengalami viral fever. Demamnya memang lain macam, membuatkan diri terbaring sepanjang masa. Selera makan langsung tiada, malah kepala rasa sangat berat dan sangat blurr.

    Demam Virus Memang Menjangkit

    Asalnya balik daripada Kedah, suami Mek ila mula batuk-batuk. Nak kata demam tu, tidaklah sangat cuma suam-suam kuku. Cuma suami nampak lemah, muntah-muntah dan asyik terbaring. Nak ke klinik pula, serba salah sebab demam macam tak demam. Jadi kami cuma assume perut suami masuk angin akibat perjalanan jauh. Just ambil Vitamin C dan Nutriferon untuk kuatkan imun juga Peppermint Ginger untuk masalah angin.

    Cuma bila Akmal demam dan mengalami simptom yang hampir  sama, Mek ila pun membawanya ke klinik untuk pemeriksaan darah. Hari kedua demam platelet Akmal jatuh ke 178, WBC pula 5.5, jadi Dr suruh repeat darah pada hari ketiga. Pada hari ketiga, platelet naik ke 201 manakala WBC semakin low iaitu 3.7. Jadi Dr suspek yang Akmal kena viral fever, begitu jugalah suami. Balik daripada klinik, Mek ila pula mengalami simptom yang sama, batuk-batuk dan terasa kepala sangat berat. Oh pengsan nampaknya terus pada hari tersebut.

    Pada hari keempat, Akmal dah makin ok, cuma pergi ambil darah sekali lagi. Platelet Akmal turun semula ke 179 tetapi WBC kembali naik kepada 4.7. Suami dan Mek ila turut mengambil darah, dan Dr menyatakan simptom kami semua sama, terkena demam virus.

    Apakah Dia Demam Virus? Apa Bezanya Dengan Demam Biasa?

    Dalam biasa yang mudah, demam Virus adalah demam yang di sebabkan oleh jangkitan virus. Ia dikaitkan dengan ketinggian demam pada suhu badan yang tinggi. Demam virus biasanya akan pulih dalam masa beberapa hari, namun ianya bergantung pada jenis virus yang menyerang. Antara simptom- simptom demam virus ialah seperti demam yang tinggi, keletihan melampau, sakit otot, sakit tekak, kerap batuk, mata merah, sakit kepala, sakit sendi, ruam, cirit birit serta hidung berair.

    Kredit: http://healthisright.com

    Punca utama demam ini terjadi biasanya apabila seseorang yang sihat terdedah secara langsung kepada virus tersebut melalui udara atau makanan dan minuman yang telah dicemari virus. Sebagai contoh katakan ada ahli keluarga yang kurang sihat, kita juga mungkin terdedah kepada virus ini.

    Kalau demam biasa yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, Doktor akan memberikan ubat demam dan antibiotik. Demam virus tidak memerlukan antibiotik. Pada kebiasaannya pesakit akan diberikan ubat seperti ubat demam untuk mengurangkan demam atau simptom. Pesakit perlu mengambil makanan berkhasiat, minum air masak yang mencukupi juga supplemen yang sesuai untuk membantu meningkatkan imun tubuh dan melawan virus tadi. Dalam ertikata lain, pesakit akan pulih daripada  jangkitan virus ini hanya apabila tubuh kita menghasilkan antibodi yang sesuai untuk membunuh dan melawan virus-virus tersebut.

    4 Hari Yang Menyiksakan

    Macam Mek ila pula, langsung tak demam. Suhu tubuh memang biasa je. Ada juga bincangkan perkara ini dengan Doktor. Memandangkan demam Virus sangat berkait rapat dengan sistem imun, ada kemungkinan tubuh Mek ila telahpun mempunyai sebahagian antibodi kepada virus ini.  Namun simptom yang lain seperti batuk gatal dan kepala tersangat berat hingga rasa nak terbaring sahaja memang sangat kuat. Malah selera makan langsung tiada sehinggakan Mek ila hilang 5kilo dalam tempoh 4 hari. Pada hari  ke 3 pula kelenjar di bahagian leher Mek ila membengkak, jadi Mek ila langsung tidak boleh menelan makanan. Masa ini baru terasa siksanya.

    Mek ila memang tak ambil sebarang ubat tahan sakit namun mengambil Vitamin B Complex dan Omega Guard untuk mengurangkan sakit dan keradangan di bahagian leher. Juga Vitamin C dan Nutriferon untuk menguatkan lagi imun tubuh. Alhamdulillah, hanya sehari sahaja kelenjar  bengkak, esoknya bengkak dah pun mula surut.

    Walaupun hanya 4 hari, siksanya tak dapat nak dibayangkan. Lebih-lebih lagi sebab Mek ila tak demam, kalau demam panas pula mungkin lagi siksa jadinya.

    Alhamdulillah Arif tak pula dijangkiti demam ini walaupun setiap malam kami tidur bersama-sama. Nampaknya imun Arif lebih kuat berbanding kami semua. Syukur rasanya maklumlah sebab Arif kan dah sekolah. Kalau tak sihat, kena cuti sekolah pula.

    Hadir Ke Hospital Untuk Pemeriksaan Lanjut

    Demam Virus selalunya akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 1-2 minggu. Namun jika kesihatan kita makin buruk, segeralah ke hospital. Di Hospital Doktor akan menjalankan pemeriksaan lanjut untuk mengenalpsti virus yang menyerang. Siapa tahu, anda mungkin diserang influenza atau virus yang lebih merbahaya.

    Berdasarkan pengalaman Mek ila sendiri, pengambilan supplemen memang sangat-sangat membantu di samping mengambil makanan yang berkhasiat. Namun bila demam virus, kebanyakan pesakit memang tiada selera makan, Macam Mek ila  totally bergantung kepada minum air, sekadar sesuap dua nasi dan makan supplemen. Nasib baik di rumah ada juga Performance Drink yang masam masam manis, lalu jugalah untuk telan berbanding air masak biasa.

    Untuk pembaca semua, jaga kesihatan & Jumpa Lagi!

    (Visited 923 times, 3 visits today)

    Categories: Info Kesihatan

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Siksanya Bila Kena Demam Virus. Ketahui Tentang Demam Virus atau Viral Fever!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge