• Hadiah Tuala Bersulam Nama Untuk Anak Anak Kecil di Kasih Setanggi.

    Seminggu yang lalu Mek ila membaca perkongsian seorang rakan tentang Rumah Kebajikan Pusat Jagaan Kasih Setanggi ini. Rumah ini didiami oleh anak-anak yatim seramai 40 orang yang berusia 4-6 tahun. Terasa sebak ketika itu apabila membaca kisah mereka.

    Tergerak hati untuk menghubungi Pengurus Rumah ini, bertanyakan persiapan raya mereka. Kata pengurus, persiapan raya Alhamdulillah dah hampir sempurna. Tiba-tiba datang idea untuk menghadiahkan sesuatu yang kecil tetapi istimewa, tuala mandi bersulam nama untuk semua anak-anak di situ. Bila dapat nama nama mereka, teringat pula rakan-rakan Shaklee Mek ila di group TsunamiG7. Saja khabarkan andai ada yang sama-sama nak join projek ini. Wah memang semua teruja, sampai ada yang ter duplicate nama nama anak yang ingin dipilih.

    Dalam tempoh 2 hari, tuala tuala comel ini telah pun siap. Tuala ini kemudiannya di pos ke Johor Bahru kepada Puan Zaleha,  salah seorang ahli group G7. Tak sabar nak tunggu tuala sampai, maklumlah di musim perayaan ni kesesakan berlaku di poslaju dan juga kurier. Alhamdulillah tuala yang dipos pada hari Sabtu selamat sampai pada hari Isnin.

    Penyerahan tuala dan sedikit duit raya kepada anak-anak ini dilakukan oleh Puan Zaleha pada hari semalam. Seronok melihat anak-anak ini keriangan. Memandang mereka walaupun sekadar di dalam gambar yang dikongsikan, memang boleh membuatkan hati menangis. Inilah rupa anak-anak kita seandainya kita tiada lagi di muka bumi ini. Hanya menumpang kasih dan sayang daripada insan-insan di sekeliling mereka.

    Hulurkan Sumbangan, Ringankan Beban

    Bagi  yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus datang terus ke Pusat Jagaan ini atau menghubung mereka di alamat dan nombor di bawah. Walaupun sumbangan yang dihulurkan amat kecil, ertinya amat besar kepada anak-anak ini.

    PUSAT JAGAAN KASIH SETANGGI
    LOT 5883, Jalan Cendana, Kg Setanggi, 81100, Johor Bahru, Johor
    Hp  018 284 2875 (Puan Junaidah)
    Maybank:  5511 2862 0864

    Doa Mek ila semoga anak-anak ini terus membesar dengan sihat dan sempurna, Amin.

    (Visited 71 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat

    Tags: ,

    One thought on “Hadiah Tuala Bersulam Nama Untuk Anak Anak Kecil di Kasih Setanggi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge