• Selama Lebih 100 Tahun – Vitamin Shaklee Tetap Jadi Pilihan Pengguna!

    Hai Assalamualaikum semua.
    Kita kini berada di minggu terakhir Ramadhan. Memang begitu pantas masa berlalu kan? Doa Mek ila agar amalan puasa kita diberkati dan diterima olehNya. Juga semoga semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali semula ke tempat asal pada musim perayaan nanti.

    Shaklee Dah Berusia 1 Abad?

    Wah lamanya kata seorang rakan lama Mek ila. Ya benar Shaklee dah berusia lebih 100 tahun bersamaan dengan 10 dekad, juga bersamaan dengan 1 abad. Shaklee memang dah lama, bak kata orang berkurun lamanya.

    Macam mana Shaklee boleh bertahan lama? Sedangkan banyak je produk lain di pasaran kita patah tumbuh hilang berganti. Tahun lepas ada, tahun ini mungkin dah hilang atau dijenamakan semula. Ya, disinilah terletaknya kehebatan dan keistimewaan produk Shaklee. Bak kata orang, benda baik selalunya akan kekal lama dan terus diingati.

    Bermula dengan penciptaan multivitamin pertama di dunia oleh Dr Forrest C.Shaklee pada tahun 1915, Shaklee terus berkembang maju dalam bidang nutrisi. Sehingga kini para saintis Shaklee terus menjalankan pelbagai R&D dan kajian bagi menghasilkan nutrisi terbaik yang  bukan sahaja selamat, semulajadi malah berkesan untuk kesihatan manusia.

    Atas dasar inilah, Shaklee terus berkembang dan kekal menjadi pilihan pengguna termasuklah para angkasawan dunia, para atlit, selebriti hinggalah kepada rakyat biasa. Kalau ianya tidak selamat dan merbahaya, bolehkah ianya kekal begitu lama? Takkan lah pengguna juga tidak tahu menilai keberkesanan produk yang mereka amalkan, betul tak?

    Perjalanan Shaklee Selama Lebih 100 Tahun

    Untuk cerita ini, Mek ila biarkan gambar-gambar ini berbicara ye. Terlalu banyak pencapaian yang Shaklee perolehi. Malah Shaklee mempunya lebih daripada 100 laporan saintifik di mana sebahagian besar daripadanya diterbitkan di dalam jurnal saintifik untuk rujukan para saintis. Kajian klinikal Shaklee yang lengkap boleh dirujuk di laman Klinikal Shaklee.

    Ingin sihat? Pilihlah nutrisi yang semulajadi dan dijamin keselamatannya. Whatsapp Mek ila: 012-8943453 untuk pertanyaan dan konsultasi.

    (Visited 20 times, 1 visits today)

    Categories: All About Shaklee

    Tags: , ,

    One thought on “Selama Lebih 100 Tahun – Vitamin Shaklee Tetap Jadi Pilihan Pengguna!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge