• Ibu Hamil : Pastikan Kita Mendapat Keperluan Kalsium Yang Lengkap Sepanjang Kehamilan.

    Hai assalamualaikum pembaca semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat selalu.

    Entry kali ini Mek ila tujukan khas buat ibu-ibu yang sedang hamil di luar sana. Tak dinafikan kehamilan memang sesuatu yang menyeronokkan. Kita hamil dan terdapat satu nyawa kecil yang sedang membesar hari demi hari di dalam rahim kita. Maka ibu-ibu wajib jaga pemakanan dan memastikan bekalan nutrisi adalah cukup untuk perkembangan dan pembesaran bayi.

    Salah satu nutrisi yang amat diperlukan semasa hamil adalah kalsium. Kalsium sangat penting untuk perkembangan tulang, gigi, otot dan saraf bayi. Kalsium juga amat penting untuk jantung yang sihat di mana ianya membantu jantung berdenyut secara normal dan membantu dalam keupayaan pembekuan darah.

    Fakta Tentang Keperluan Kalsium dan Ibu Hamil

    Bagi wanita dewasa yang berusia 18 tahun ke atas, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari sama ada sebelum kehamilan, semasa kehamilan mahupun selepas bersalin. Sayangnya ramai wanita yang tidak mengambil jumlah kalsium yang mencukupi sebelum kehamilan. Keadaan bertambah buruk apabila beliau hamil dan masih tidak mendapat keperluan kalsium yang mencukupi ketika kehamilan. Kekurangan kalsium semasa hamil boleh menyebabkan bayi menyerap kalsium dari tulang ibu. Ini  akan menjejaskan tahap kesihatan ibu ketika kehamilan mahupun di masa yang akan datang dengan risiko osteopenia dan osteoporosis.

    Kesan Kekurangan Kalsium Semasa Hamil

    Salah satu kesan ketara yang sering berlaku pada ibu hamil ialah masalah kejang atau cramp terutama di bahagian kaki.  Ibu-ibu juga akan mula merasa sakit gigi, gigi terasa longgar atau gigi menjadi rosak semasa hamil. Selain itu juga ibu akan merasakan lenguh atau sakit yang berlebihan di bahagian tubuh, sukar tidur mahupun mengalami masalah sembelit apabila sumber kalsium sedia ada di dalam tubuh digunakan untuk perkembangan bayi. Jika sumber kalsium sedia ada dalam tubuh ibu juga sangat  berkurangan, tidak mustahil bayi juga tidak mendapat bekalan kalsium harian yang mencukupi dan boleh mengganggu pertumbuhan tulang dan otot bayi.

    Bagi mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi  ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu  seperti susu dan lain-lain makanan yang kaya dengan sumber kalsium seperti soya, keju mahupun pengambilan pil kalsium.


    Jom Tonton Video: Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar?

    Sumber Kalsium Terbaik Ostematrix

    Bagi ibu ibu yang tidak mampu menelan susu, alah kepada produk tenusu atau tidak mampu mendapatkan sumber kalsium harian yang mencukupi daripada diet harian, Mek ila sangat syorkan pil Ostematrix bukan sekadar kalsium ini.

    Berbanding supplemen kalsium lain di pasaran, Ostematrix mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan. Ianya bukan sahaja membekalkan sumber kalsium lengkap untuk keperluan harian ibu hamil, malah ianya sangat mudah diserap oleh tubuh. Ostematrix mudah diserap oleh badan kerana terdapat magnesium dan Vitamin D di dalamnya. Ini membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang dengan lebih maksimum.

    Ostematrix juga adalah 100% semulajadi, dihasilkan daripada  mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati. Ostematrix merupakan kalsium yang larut dalam air dan turut membekalkan sumber mineral lengkap yang diperlukan oleh tubuh seperti  magnesium, Vitamin D, Zinc, Copper, Boron yang diperlukan untuk  membantu meningkatkan metabolisme tulang sekaligus memampatkan jisim tulang.

    Baca lebih lanjut tentang keistimewaan Ostematrix Shaklee di sini.

    Apa Kata Ibu Hamil Tentang Ostematrix?

    Ostematrix dan ibu hamil memang tak dapat nak dipisahkan. Ramai yang telah menikmati khasiatnya. Kata orang bila dah cuba, memang jatuh cinta.

    Bahagianya bila hamil tanpa masalah kaki kejang atau tarik mengkarung, badan terasa cergas dan masalah pembuangan juga lancar tanpa masalah sembelit.

     

    Setiap kali hamil, mesti sembelit walaupun dah banyak makan buah dan sayur. Syukur, sembelit hilang bila amalkan Ostemetrix pada kehamilan yang ketiga ini.


    Sebelum ni mama asyik sakit gigi dan kejang kaki. Sejak amalkan ostematrix untuk cukupkan keperluan nutrisi kalsium harian, sakit gigi dan kejang pun tiada lagi.

    Seronok kan, bila kita hamil dalam keadaan sihat dan bertenaga?
    Jadi  mama, pastikan sumber kalsium harian mama mencukupi tau. Bukan hanya untuk si manja tersayang yang bakal lahir, malah untuk kesihatan mama juga.

    Untuk  mendapatkan Ostematrix terbaik ini, whatsapp Mek ila 012-8943453 http://www.wasap.my/60128943453 untuk info dan pembelian.

    (Visited 36 times, 1 visits today)

    Categories: Kehamilan dan Penjagaan Bayi, Produk Shaklee

    Tags: , , , ,

    One thought on “Ibu Hamil : Pastikan Kita Mendapat Keperluan Kalsium Yang Lengkap Sepanjang Kehamilan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge