• Kerana Kejahatan Sebahagian Manusia, Sebahagian Yang Lain Juga Bagaikan Hilang Sifat Kemanusiaan

    Hai Assalamualaikum pembaca semua.
    Apa khabar hari ini? Semoga semuanya sihat-sihat  dan ceria selalu.

    Semalam, sekitar jam 7.40 pagi Mek ila keluar daripada rumah. Keluar sahaja daripada pintu pagar ternampak dua orang kanak-kanak berpakaian sekolah berjalan kaki. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Nak ke sekolah lah ni kan, kesian mereka sebab tentu sahaja mereka dah lewat ke sekolah. Jarak sekolah rendah daripada rumah Mek ila pun sekitar 1km lagi.  Kalau berjalan kaki, entah pukul berapa agaknya mereka sampai ke sekolah. Dalam hati memang dah rasa kesian sangat dan terasa nak tumpangkan mereka.

    Perlahan-lahan Mek ila turunkan cermin tingkap kereta dan bertanya “Adik nak pergi sekolah ke?, acik tumpangkan sampai depan, nak tak”?

    Gambar sekadar hiasan. Kredit: http://winnieramly.blogspot.my

    Si kakak  kelihatan ragu-ragu. Beliau bertanya,  ” Boleh ke acik”?

    Mek ila :  ” Boleh, meh la sebab dah lambat ni”.

    Si kakak pun mengajak adiknya masuk. Nak hilangkan kerisauan di hati mereka, Mek ila pun mengajak mereka berbual.

    Mek ila : ” Mesti mak dan ayah pesan jangan naik kereta orang kan? , sebab bahaya”.
    Kakak :  ” Aah, acik”.

    Sempat jugalah adik ni bercerita dengan Mek ila tentang beberapa perkara. Katanya beliau darjah 2 dan si adik pula darjah 1.

    Dah nak sampai ke sekolah, baru Mek la perasan tudung si kakak ni bukan berwarna putih.
    Mek ila: “Adik, cikgu tak marah ke pakai tudung warna lain”?.
    Kakak: “Tak acik, dah selalu. Tudung adik kotor, dah basuh tapi belum kering”.

    Seriously, masa ni dah rasa touching sangat. 

    Mek ila: “Adik hari-hari jalan kaki pergi sekolah? Tak ada basikal”?
    Kakak : “Basikal ada satu, tapi  rosak”.

    Mek ila: “Oooo” dan terus terdiam lepas itu.

    Sampai di tepi jalan besar, Mek ila pun turunkan mereka dan sempat berpesan ‘”Belajar rajin-rajin ye”.      Sungguh, kejadian itu amat meninggalkan kesan.

    Kehidupan Masa Kini Semakin Berubah!

    Yang pertama, disebabkan oleh kejahatan manusia di sekeliling, kehidupan kita sekarang penuh dengan prasangka dan rasa tidak selamat. Paling utama, jangan mudah percaya kepada mana-mana orang yang tidak dikenali. Keadaan ini sangat berlainan dengan keadaan sewaktu Mek ila kecil dulu. Sekampung atau setaman saling bantu membantu walaupun ada yang kurang mengenali antara satu sama lain. Setakat menumpangkan jiran sekampung dengan motor atau kereta, perkara yang sangat biasa. Belum sempat kita minta tolong, dah ada yang datang menghulurkan bantuan tanpa dipinta.

    Zaman sekarang? nak membantu orang walaupun kanak-kanak kecil, kita sendiri jadi takut. Takut kita yang kena. Mana tau, tak pasal-pasal dituduh penculik pula. Sebab itulah masing-masing suka buat hal sendiri dan tidak memperdulikan orang-orang di sekelilingnya.

    Yang kedua, kadangkala kita rasa kita susah tapi masih ada ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita. Berapa sangat harganya sebuah tudung sekolah sampai adik ni tak mampu nak ada 2 helai tudung? Dalam kita sibuk nak membeli baju atau tudung pelbagai jenama cap ayam atau burung yang berharga ratusan ringgit, adik ini masih tak mampu nak ada sehelai lagi tudung sekolah yang berharga RM10 atau RM15 sahaja.

    Sungguh, mengalir sekejap air mata dan rasa betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita. InsyaAllah jika berkesempatan lagi berjumpa adik ni, Mek ila pasti hadiahkan beberapa helai tudung sekolah kepadanya.

    (Visited 13 times, 1 visits today)

    Categories: Khidmat Masyarakat, Motivasi

    Tags:

    2 thoughts on “Kerana Kejahatan Sebahagian Manusia, Sebahagian Yang Lain Juga Bagaikan Hilang Sifat Kemanusiaan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge