-
Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
Pagi ni sebenarnya Mek ila dah rancang nak masak spageti tapi Arif request nak makan Lempeng pula. Jadi masaklah dua-dua, spageti dan Lempeng. Membuat lempeng sebenarnya tidaklah susah malah dengan resepi ini, mama boleh pelbagai jenis lempeng dengan menambah bahan-bahan lain seperti pisang ke dalam resepi ini. Resepi lempeng juga sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan resepi roti jala.
Bahan-Bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air masak – boleh tambah atau kurangkan
- 1 biji telur (ambil semua)
- Sedikit garam dan gula. Gula boleh diletak lebih sedikit jika mama ingin makan lempeng kosong tanpa dicicah.
Cara Penyedian Bancuhan Lempeng
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam blender dan spin dalam 2-3 minit. Siap.
Selain menggunakan blender, mama boleh sahaja mengacau bancuhan ni di dalam mangkuk. Tapi Mek ila lebih suka blend sebab ia cepat dan bancuhan pun smooth, takdelah berketul-ketul terutama kalau mama kurang mahir dalam mengacau bancuhan.
Cara Penyediaan
1. Tuangkan bancuhan ke dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali. Mek ila gunakan non stick pan dengan api yang sederhana kecil.
3. Tuangkan sedikit bancuhan ke atas kuali menggunakan sudu atau terus daripada mangkuk.
4. Pusingkan kuali ke kiri dan kanan supaya bancuhan serata.5. Setelah lempeng di bawah masak, pusingkan lempeng ke sebelah satu lagi.
6. Siap dan sedia dimakan panas -panas.Kalau tengok gambar di atas tu, lempeng tu bentuk dia tak lawa sangat pun kan. Saja Mek ila ambil contoh gambar yang tak bulat sangat. Mama tak perlu risau sebab lempeng ni bila kita lipat, rupanya akan jadi comel balik. Malah mama boleh cantikkan dengan menggunting bahagian lempeng yang berlebihan supaya hasilnya lebih kemas bila dihidangkan.
Memandangkan Mek ila masak spageti hari ni, jadi Lempeng ini dicicah dengan kuah spageti. Kalau Arif pula sangat suka cicah dengan susu pekat manis.
Nota Kaki:
- Kalau mama nak buat lempeng pisang, boleh tambahkan 1-2 biji pisang ke dalam adunan dan blend bersama
- Sekiranya yang nak makan lempeng ni ramai, mama boleh tambahkan sukatan tepung dan air tanpa menambah bilangan telur.
- Kalau mama sukakan lempeng yang nipis dan garing, cairkan sedikit bancuhan dan biarkan di atas pan lama sedikit.
- Lempeng boleh dicicah dengan pelbagai sos, sambal, susu pekat, madu ataupun kaya.
Ok mama, selamat mencuba dan kita jumpa lagi di resepi simple yang akan datang ye.
(Visited 24,175 times, 24 visits today)Kerana Kejahatan Sebahagian Manusia, Sebahagian Yang Lain Juga Bagaikan Hilang Sifat Kemanusiaan Wah Seronoknya Dapat Beli Vivix Harga Murah Hanya di November Ini
2 thoughts on “Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.”
Leave a Reply
Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
Follow Us @ Google+
FB
Entry Terbaru
- Nak Buat Surprise Untuk Tersayang? Jom Tempah Pakej Bouquet Murah Dengan Kak Cla Semenyih
- Lagi Testimoni Youth Shaklee Malaysia Yang Memang Buatkan Ramai Wanita Teruja Untuk Membelinya
- Cara Menempah Bilik Hotel Yang Lebih Murah Untuk Percutian Seisi Keluarga
- Cuti Cuti 2H1M di D’Majestic Place by Swiss-Garden
- Pelancaran Produk Penjagaan Wajah YOUTH Shaklee di Malaysia
Komen Terkini
- Meeda Marzuki on Biskut Raya Simple – Biskut Jejari Coklat
- Ainie on Lagi Testimoni Youth Shaklee Malaysia Yang Memang Buatkan Ramai Wanita Teruja Untuk Membelinya
- nikkhazami on Lagi Testimoni Youth Shaklee Malaysia Yang Memang Buatkan Ramai Wanita Teruja Untuk Membelinya
- Del Asyraf on Tips Rawat Kudis Buta Supaya Tidak Menjangkiti Orang Lain
- Mek ila Jual Vitamin on Permohonan Untuk Memasuki Sekolah Rendah Agama Integrasi Negeri Selangor Kini Dibuka!
Kategori Pilihan
- All About Shaklee (44)
- Cerita Makanan (20)
- Cerita Tentang Semenyih (27)
- Contest (12)
- Family Arif (69)
- Info Kesihatan (187)
- Kehamilan dan Penjagaan Bayi (65)
- Khidmat Masyarakat (36)
- Mendidik Anak (35)
- Motivasi (32)
- Panduan Pemakanan Bayi (2)
- Panduan Penyusuan (37)
- Pendapatan Lumayan Dengan Shaklee (22)
- Produk Shaklee (204)
- Promosi (25)
- Resepi Simple Sedap (31)
- Set Vitamin Shaklee (79)
- Tips Suami Isteri (14)
- Umum (75)
Pelawat Sejak 18 Mac 2015
- 21,154,684
Popular Posts
- Persoalan Tentang Darah Nifas Yang Wajib Ibu-Ibu Ketahui
- 5 Tips Mudah Untuk Anak Bersunat dan Penjagaan Bersunat
- Cara Buat Tempoyak Durian Sedap
- Bila Orang Dewasa Terkena Chicken Pox – Tips Penjagaan
- Cara Mudah Sendawakan Baby Selepas Menyusu
- Ujian Kehamilan Tepat dan Masa Yang Sesuai Untuk Mula Scan…
- Kenali Tanda Tanda Awal Penyakit Kanser Darah atau Leukimia
- Mudahnya Buat Lempeng Guna Resepi Lempeng Simple Sedap Ini.
Wow!! Best Sangat!
mudah tapi sedap kan.. jimat masa nak buatnya hehe
makanan legend ni, masa kecik kecik dulu…anak saya panggil roti canai…