• Tahniah Arif Fahmi, Moga Terus Berjaya Di Masa Hadapan

    Masih teringat-ingat Arif balik sekolah minggu lepas dalam keadaan sedih. Menangis agaknya di sekolah. Bila Mek ila tanya, Arif terus cerita

    Cikgu dah bagitau siapa dapat nombor 1 hingga 3. Nama abang takde pun. Abang sedihlah. Abang ingat abang dapat nombor 3 ke bawah.

    Aduh, Mek ila pun terasa sedih juga. Sebenarnya dalam hati ada ‘instinct’ yang Arif ada pelung untuk menjadi salah seorang penerima hadiah di sekolah tahun ini. Tapi tak mengapalah kan, yang penting Arif dah cuba sebaik mungkin ikut kemampuan. Kemampuan anak-anak kita memang berbeza apatahlagi jika mereka belajar di dalam kelas yang bagus. Memang agak sukar untuk menempatkan diri dalam 3 orang yang terbaik.

    Susah juga nak memujuk Arif. Sepanjang malam memang asyik bersedih. Alhamdulillah esok paginya dah ok juga walaupun masih bersedih dengan peristiwa tersebut.

    2 Hari Selepas  Itu

    Arif pulang dari sekolah dengan penuh senyuman. Terus whatsapp pada Mek ila tentang surat yang diterima daripada cikgu. Rupa-rupanya Arif dapat surat untuk hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah. Terselit juga namanya dapat tempat ke 3 dalam Akademik. Huhuhu, serius nak tergelak pun ada juga. Kata Arif cikgu lupa sebut namanya. Alhamdulillah syukur sangat kerana itulah impian Arif, untuk berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar terbaik di kelasnya.

    Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Mek ila, suami dan Akmal Faiz turut hadir ke Majlis abang Arif. Seawal 6 pagi Arif dah bangun bersiap. Memang hari itu dalam sejarah kerana biasanya encik suami yang akan mandikan Arif setiap pagi. Excited sangat lah tu kan.

    Selepas menghantar Arif  ke kelas dan sementara menunggu majlis bermula, kami ke kantin pula kerana Akmal Faiz teringin nak makan. Berani pula Akmal hari ni, beratur sendiri nak beli makanan. Tapi bia ditanya nak makan apa oleh kakak kantin, terus malu-malu. Hihi, kelakar pula melihat gelagat si Akmal ni.

    Majlis pagi itu dimulakan dengan Majlis Khatam Al Quran oleh anak-anak dan persembahan nasyid. Subhanallah, sejuk mata melihat anak-anak kecil dapat menguasai bacaan Al Quran dengan begitu baik.

    Selepas ucapan Aluan dan Majlis Perasmian, akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Kalau nak tahu Arif dapat tempat ketiga tapi rupa-rupanya ada 3 pelajar yang dapat tempat ketiga kerana markah mereka sama. Hihi, memang betullah kalau dah rezeki tak ke mana.

    Tahniah Arif Fahmi, tahun depan kena usaha lebih lagi kalau nak berjaya ye. Ibu cuma mampu membantu dari segi ulangkaji dan doa, usaha selebihnya bergantung pada diri sendiri.

     

    (Visited 37 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , ,

    One thought on “Tahniah Arif Fahmi, Moga Terus Berjaya Di Masa Hadapan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge