• Pengalaman Cuti Cuti 3H2M di Fraser Residence Kuala Lumpur Yang Menyeronokkan Anak-Anak

    Hai assalamualaikum pembaca semua. Tengah buat apa tu? Moga semuanya sihat dan gembira selalu. Alhamdulillah sepanjang cuti sekolah ni, dapat juga Mek ila bawa anak-anak untuk cuti-cuti Malaysia. Kami pilih percutian yang ringkas dan singgah di beberapa tempat untuk memberikan pengalaman yang berbeza pada anak-anak. Salah satu destinasi percutian kami adalah di Kuala Lumpur, bercuti dengan semua ahli keluarga yang lain.

    Walaupun tinggal di Selangor dan dekat sangat dengan KL ni, jangan tak tahu banyak betul tempat-tempat menarik yang belum pernah dilawati sebelum ini. Jadi percutian kali ni memang menyeronokkan kerana banyak pengalaman baru yang dilalui oleh kami dan anak- anak juga.

    3H2M di Fraser Residence

    Fraser Residence ni memang cantik, malah hiasan dalaman dan kemudahan di hotel atau serviced apartment ini juga sangat lengkap. Ketika di sini, kami memilih untuk tinggal di 2 Rooms Apartment. Apartment ini sangat lengkap dengan semua kemudahan seperti mesin basuh, peti ais, oven, coffee maker, malah mesin basuh pinggan pun ada.  Bilik Mek ila menghadap ke view  bandaraya, jadi malam-malam boleh lah tengok kerlipan neon di KLCC.

    Kolam renang pula  terletak di Tingkat 5. Tiap kali bercuti, mandi kolam adalah aktiviti wajib anak-anak, jadi nak tak nak mak dan ayahnya nya pun kenalah mandi sekali. Agak sukar nak ambil gambar kolam renang secara keseluruhan sebab ianya agak besar, gambar di bawah ni Mek ila ambil di laman web tripadvisor.com. Disebelah atas adalah kolam renang untuk anak-anak. Ketinggian airnya lebih cetek di bahagian atas, jadi anak-anak yang berusia 1-2 tahun pun boleh bermain air di sini.

    Selain kolam renang, di tingkat 5 juga disediakan pelbagai kemudahan lain seperti sauna, jakuzi dan tempat kanak-kanak bermain tanpa sebarang caj tambahan.

    Itenari Cuti-Cuti Kuala Lumpur 3H2M

    Itenari percutian kali ini disediakan oleh Alang dengan dibantu oleh kami semua. Jom tengok apa aktiviti kami sekeluarga ketika di Kuala Lumpur.

    Hari Pertama
    Kami sampai di KLCC kira-kira jam 12 tengahari. Kami makan tengahari dulu di Texas Chicken sementara menunggu masuknya waktu solat zohor dan jumaat. Selepas makan, yang perempuan terus ke surau dalam KLCC manakala yang lelaki pula menuju ke masjid KLCC untuk menunaikan solat jumaat. Selesai solat, kami semua berkumpul di pintu masuk Petrosains untuk memulakan pengembaraan yang pertama.

    Petrosains memang menyeronokkan terutama kepada kanak-kanak. Rasanya 3 jam yang dihabiskan di sini sangat berbaloi dengan harga tiket yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti di sini, boleh lawat laman web rasmi Petrosains.

     

    Akmal dan Arif Merasai Suasana Ribut di Petrosains

    Paling menyeronokkan anak-anak tentulah bila ada banyak permainan berbentuk sains di sini. Sampai terpaksa panggil untuk menuju stesyen seterusnya.

     

    Kira-kira jam 5.30 kami pun keluar daripada Petrosains KLCC dan menuju ke hotel. Memang penat, jadi malam tu kami hanya berehat di hotel dan makan malam di hotel sahaja.

    Hari ke 2 – Menaiki Bas KL Hop On Hop Off
    Selesai bersarapan di hotel, kami semua berjalan kaki ke luar kira-kira 10 minit untuk ke Matic bagi memulakan pengembaraan ke bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki Bas KL Hop On Hop Off. Paling teruja tentulah anak-anak kerana jarang jarang mereka dapat menaiki bas apatahlagi bas 2 tingkat. Bas ini akan membawa kita ke 23 destinasi menarik di sekitar Kuala Lumpur dan semua penumpang boleh turun di mana mana destinasi yang disukai dan menunggu  bas seterusnya untuk ke destinasi berikutnya. Untuk kali ini, kami memilih 3 buah destinasi sahaja iaitu Karyaneka, Central Market dan Masjid Negara.

    Lawatan ke karyaneka memang menyeronokkan terutama apabila anak-anak dapat mewarna batik. Mula mula Arif je seorang, kemudian diikuti oleh sepupu-sepupu Arif yang lain dan juga Akmal. Sudahnya hampir 2 jam juga kami berada di Karyaneka ini.

    Destinasi kedua adalah Central Market. Seriously, Mek ila pun dah lama tak ke CM ni. Last pergi rasanya ketika belajar di UTM dulu. Di sini kami makan tengahari dan window shopping. Di Central market ada banyak barangan unik yang sukar dijumpai di tempat lain. Sempat jugalah Mek ila tempahkan key chain untuk Arif sebagai tanda kenang-kenangan.

    Destinasi ketiga dan terakhir kami ialah Masjid Negara. Alhamdulillah dapat solat berjemaah Zohor di sini sambil berehat seketika sebelum pulang semula ke hotel. Walaupun hanya 3 tempat dilawati, penatnya memang terasa. Jadi apa lagi, balik je hotel Mek ila ambil Performance Drink untuk kembali cergaskan tubuh badan yang sedikit keletihan.

    Petang pula, seperti biasa ialah aktiviti mandi-manda untuk anak-anak. Akmal Faiz je yang tak join sebab dah terlalu mengantuk, mandi di  bath tub sahaja. Malamnya selepas solat maghrib, kami semua keluar untuk makan malam di The Garage KL.

    Best ke makan di The Garage KL ni? Tunggu, nanti Mek ila kongsikan di entry yang akan datang ye!

    (Visited 43 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , , , , , , ,

    2 thoughts on “Pengalaman Cuti Cuti 3H2M di Fraser Residence Kuala Lumpur Yang Menyeronokkan Anak-Anak

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge