• Susahnya Hati Mama Bila Anak Mudah Jatuh Sakit, Kini Segalanya Berubah Dengan Nutriferon

    Hai Assalamualaikum pembaca semua.
    Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat selalu. Bagi yang sedang bercuti bersama keluarga tu, Mek ila ucapkan selamat bercuti dan semoga percutian yang dilalui dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan kasih sayang bersama keluarga.

    Pada minggu yang lalu Mek ila sekeluarga juga sempat bercuti di 3 tempat berasingan di dalam negara. Destinasi pertama kami adalah di Endau Mersing. Namun sayangnya ketika kami tiba, Mersing baru sahaja dilanda cuaca angin kencang, hujan dan laut bergelora. Laut Pantai Mersing yang biasanya berwarna biru bertukar menjadi kelabu. Kesian anak anak, ke pantai tak boleh,  mandi di pool pun dalam suasana hari hujan. Memang risau juga kalau-kalau mereka jatuh sakit, jadi Mek ila pastikan anak-anak mengambil nutriferon setiap hari semasa bercuti ini. Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah mereka sihat walaupun Akmal mengalami sedikit selsema.

    Jasa Nutriferon pada anak-anak dan diri sendiri memang tak ternilai. Bagi rakan-rakan yang belum tahu, nutriferon adalah supplemen untuk meningkatkan (boost) sistem perlindungan imuniti tubuh kita – interferon. Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Ini bermakna apabila tubuh kita dijangkiti, sebagai contoh virus selsema, interferon akan dihasilkan untuk melawan virus tadi.

    Mengikut pengalaman Mek ila, InsyaAllah  dengan pengambilan nutriferon, selsema atau demam tak menjadi ataupun kita berupaya untuk sembuh daripada jangkitan tadi dalam tempoh yang lebih cepat. Walau bagaimanapun jika sakit atau demam melebihi 3 hari, seperti biasa jangan lupa untuk ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan selanjutnya juga bagi mengambil ujian darah. Maklumlah sekarang ada pelbagai virus dan jangkitan, jadi dengan pemeriksaan darah ianya dapat membantu mengenalpasti masalah sebenar kita dengan lebih tepat.

    Kandungan Nutriferon

    Nutriferon memang unik dan terbukti secara klinikal untuk menguatkan imun tubuh dalam masa 3 hari. Istimewanya lagi Nutriferon dihasilkan daripada gabungan 4 tumbuhan semulajadi iaitu Pumpkin Seeds, Safflower, Plantago Seeds dan Japanese Honey Suckle. Nutriferon telah menjalani penyelidikan selama lebih 40 tahun sebelum ianya dipasarkan. Tempoh 40 tahun memang sangat lama, namun hasilnya sangat membanggakan dan nutriferon adalah satu-satunya produk seumpamanya di dunia dan telah dipatenkan.

    Terima Kasih Nutriferon, Kesihatan Anak- Anak Semakin Baik. 

    Bukan Mek ila sahaja yang sukakan Nutriferon, sungguh ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang sukakan supplemen semulajadi ini. Sebagai ibu, Mek ila faham sangat apa yang dirasakan oleh ibu-ibu bila anak mereka kurang sihat atau pun demam. Naluri seorang ibu sangat kuat, hingga sanggup sahaja jika demam atau kesakitan yang ditanggung oleh anak dipindahkan sahaja kepada mereka. Bibir tak henti berdoa supaya anak cepat sembuh malah air mata pun mudah sangat mengalir.

    Jom kita tengok beberapa perkongsian ibu-ibu tentang Nutriferon.

    Nutriferon Untuk Sakit Mata, Demam dan Tongsil

    Nutriferon Untuk Ekzema dan Asma

    Nutriferon Untuk Selsema dan Demam


    Nutriferon Untuk Batuk, Demam dan Tongsil, Alhamdulillah Tak perlu Admit Dah


    Nutriferon Untuk Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut (HFMD)

     

    Nutriferon Untuk Denggi

    Syukur Alhamdulillah kan bila tengok imun anak-anak  makin baik dan meningkat. Benarlah nikmat kesihatan tak dapat kita beli walaupun dengan wang berjuta ringgit namun kita mampu tingkatkan kesihatan  dengan mengambil pemakanan yang betul, mengamalkan gaya hidup sihat juga dengan mengambil supplemen yang sesuai seperti Nutriferon.

    Nak dapatkan Nutriferon, Whatsapp Mek ila 013-6751381 untuk belian dan info.

    (Visited 107 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , , , , , ,

    4 thoughts on “Susahnya Hati Mama Bila Anak Mudah Jatuh Sakit, Kini Segalanya Berubah Dengan Nutriferon

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge