• Cara Menempah Bilik Hotel Yang Lebih Murah Untuk Percutian Seisi Keluarga

    Percutian di hotel memang menyeronokkan namun lebih seronok lagi sekiranya kita mendapat harga yang murah semasa membuat tempahan. Jadi kali ini Mek ila nak kongsikan beberapa tips asas untuk mendapatkan penginapan di hotel dengan harga yang murah dan mampu milik.


    Ketahui Perbezaan Di Antara OTA dan Comparison Website

    Seringkali kita mendengar iklan tentang trivago di kaca tv mahupun beberapa web tempahan hotel yang lain. Nak hotel murah, katanya tempah di sini. Ada banyak laman web, apa agaknya bezanya di antara laman web ini?

    Pada masa kini, kebanyakan traveler lebih suka menempah penginapan secara dalam talian menggunakan Online Travel Agent (OTA) seperti Agoda.com, Booking.com atau pun Expedia.com. Mek ila juga sering menggunakan ketiga-tiga website ini.

    Untuk makluman rakan-rakan, OTA adalah berbeza dengan Comparison Website kerana OTA adalah agen hotel persendirian manakala Comparison Website pula mengumpul dan membandingkan harga termurah di antara OTA. Antara laman web comparison yang boleh digunakan adalah trivago.com, tripadvisor.com dan hotels.com.

    Walaupun laman web comparison memaparkan harga terendah, kita masih perlu mengambilkira cukai dan cas-cas lain. Sebagai contoh harga yang dipaparkan untuk Agoda hanya memaparkan harga awal hotel tanpa cukai dan cas-cas lain manakala harga yang dipaparkan untuk Booking.com pula terus memaparkan harga keseluruhan hotel termasuk cukai dan cas-cas lain. Oleh yang demikian, tak dinafikan ramai juga traveler termasuk Mek ila yang suka melayari OTA secara berasingan dan membuat perbandingan harga sebelum membuat pembelian berbanding melayarinya di laman Comparison Website.

    Tips Pertama: Sign In Sebagai Pengguna Berdaftar di OTA

    Beberapa OTA memberikan harga yang lebih murah sekiranya kita berdaftar sebagai pengguna di laman web mereka. Sebagai contoh Mek ila ingin menempah bilik Comfort Premium Twin ( 2 queens bed) yang boleh menempatkan 4 orang dewasa di Hotel Verdant Hill, Kuala Lumpur. Untuk contoh carian kali ini, Mek ila akan terus menggunakan Agoda.


    Pendaftaran adalah mudah dan pantas kerana kita hanya perlu memasukkan beberapa maklumat asas seperti nama, alamat emel dan password. Verification juga tidak diperlukan untuk pengaktifan akaun.

    Jom lihat hasilnya dan perbezaan harga yang diperolehi apabila kita membuat pembelian sebagai pengguna.

    Pembelian secara terus di web tanpa daftar masuk sebagai pengguna: Harga Bilik RM388


    Pembelian dengan daftar masuk sebagai pengguna : Harga Bilik RM342


    Beza hampir RM46 ringgit kan, jadi daftarlah sebagai pengguna sebelum membuat tempahan kerana harga yang diberikan lebih jimat dan berbaloi.

    Tips Kedua: Setia Dengan OTA Anda

    Kebanyakan OTA menghargai kesetiaan pengguna dengan menawarkan lebih banyak diskaun kepada kita. Sebagai contoh ada yang memberikan point yang boleh digunakan untuk mendapat harga diskaun bagi hotel yang ditempah. Seronok bukan?

    Ikuti pengalaman rakan-rakan Mek ila yang kaki travel tentang kesetiaan seperti di bawah.

     

    Tips Ketiga : Tempah Terus Daripada Hotel

    Kebanyakan harga yang ditawarkan oleh OTA jauh lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh hotel. Namun ada juga hotel yang menawarkan harga lebih murah apabila kita membuat tempahan secara online di laman web mereka atau sekiranya kita mempunyai keistimewaan lain seperti kakitangan swasta atau kerajaan. Jadi sebelum meneruskan tempahan dengan bayaran pastikan pembaca hubungi juga hotel untuk bertanyakan harga mereka.

    Mek ila sendiri pernah membuat tempahan hotel di Ipoh, Johor dan Putrajaya di mana harga yang ditawarkan di website mereka jauh lebih murah berbanding OTA. Kata orang nak dapatkan harga yang murah, kenalah rajin survey sedikit. Ok, kita jumpa lagi di tips percutian yang akan datang ye.

    Selamat Bercuti dan Jumpa Lagi

    Mek ila

    Nota: Pembaca pun kaki travel dan ada tips tempahan hotel yang murah? Sudi-sudikan komen di bawah ye.

    (Visited 198 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , ,

    3 thoughts on “Cara Menempah Bilik Hotel Yang Lebih Murah Untuk Percutian Seisi Keluarga

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge