• Cuti Cuti 2H1M di D’Majestic Place by Swiss-Garden

    Pada beberapa minggu yang lalu, Mek ila sekeluarga berkesempatan untuk cuti cuti pendek di hotel. Bukan apa, sahaja menghabiskan hujung minggu secara santai bersama anak-anak. Di Kuala Lumpur mahupun Selangor ada banyak hotel-hotel yang menawarkan percutian hujung minggu yang menarik pada harga yang berpatutan. Pada kebiasaannya Mek ila akan memilih hotel 4 bintang dengan bajet di bawah RM300 semalam.

    Harga ini boleh diperolehi sekiranya kita menempah menggunakan applikasi tempahan hotel seperti Agoda.com, booking.com atau expedia.com. Paling penting ada swimming pool untuk kanak-kanak supaya anak-anak dapat bermain air dengan riang rianya. Tempahan kali ini dibuat menggunakan Agoda dan harga yang diperolehi adalah RM210 sahaja tanpa sarapan.



    Bilik Penginapan

    Bilik hotel walaupun tidak begitu luas, memang cantik dan kemas. Bilik air dan bilik mandi adalah berasingan dah hanya ditutup menggunakan pintu kaca. Ha yang ini memang seksi sikitlah sebab pintu tak boleh dikunci dari dalam. Ketika di sini, Mek ila menginap di bilik 811.

    Swimming Pool
    Swimming Pool hotel ini berada di bahagian atas (Rooftop) dan terdiri daripada dua bahagian iaitu swimming pool untuk kanak-kanak dan swimming pool untuk dewasa. Memang cantik pemandangan di sini seolah-olah berada di atas langit. Anak-anak pun memang mandi manda dengan seronoknya.

    Puas bermain di pool kanak-kanak, mereka nak masuk ke pool dewasa pula bersama-sama Encik suami. Kedalaman pool dewasa juga berbeza di bahagian tengah dan tepi. Di tepi lebih cetek, jadi bolehlah anak-anak bermain di bahagian tepi.

    Makan Malam
    Di sekitar hotel, memang tiada restoran yang menawarkan makan malam yang menarik kecuali jika kita keluar dengan memandu kenderaan. Oleh kerana rasa malas nak keuar dan sedikit letih , Mek ila memilih untuk order pizza sahaja. Sesekali makan pizza sedap juga manakala Akmal pula memilih spaghetti Bolognese kegemarannya.

    Sarapan Pagi
    Untuk sarapan pagi, kami memilih untuk keluar di sekitar hotel bagi menikmati sarapan. Agak jauh juga berjalan-jalan sehingga kami menemui sebuah gerai Nasi Lemak dan Roti Canai yang dipunyai oleh Encik Abang Klate. Alhamdulillah makanannnya pun sedap.

    Pengalaman menginap di sini memang menarik dan menggembirakan anak-anak. Cuma kalau kawan-kawan nak ke sini untuk lepak-lepak, Mek ila advice ambil sekali pakej yang ada dengan sarapan pagi kecuali kalau memang rajin nak drive keluar untuk sarapan pagi.

    Rating Mek ila
    Bilik : 4 star
    Swimming Pool: 5 star
    Overall: 4.5/5
    Disyorkan: Ya

    (Visited 83 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge