• Seronoknya Bersama di Majlis Ramah Mesra Group Mommy Havoc di Homestay Papa Der, Semenyih

    Hai Assalamualaikum pembaca semua?
    Apa kabar? Semoga semuanya sihat-sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah, semalam telah pun berlangsung Majlis Ramah Mesra dan Bacaan Yassin Untuk Group Mommu Havoc di Homestay Papa Der Semenyih. Inilah kali pertama kami adakan perjumpaan sejak group ini ditubuhkan secara aktif sejak beberapa bulan yang lalu. Tak dinafikan semasa berpindah ke Semenyih beberapa tahun lalu, memang kurang rakan-rakan baru yang Mek ila kenali. Alhamdulillah dengan adanya aktiviti sebegini, ianya dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara kami.

    Majlis ini dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Tahlil ringkas, khusus untuk Allahyarham kak Aiskrim Nurrich Kifayah Semenyih yang baru sahaja meninggalkan kami pada bulan yang lalu. Mek ila memang mengenali kak Nurrich kerana beliau pernah menyediakan hidangan aiskrim untuk kenduri doa selamat di rumah. Malah selepas itu ada juga Mek ila berjumpa dengannya beberapa kali. Majlis ini diketuai oleh ummi Tahfiz Cilik Nurulfah. Selesai bacaan Yassin, tazkirah ringkas turut diadakan sebagai ingatan dan panduan buat kami semua.

    Sesi makan-makan dan suai kenal seterusnya memang menyeronokkan. Memandangkan tema kali ini adalah potluck, jadi kami semua membawa makanan masing-masing dari rumah. Walaupun ringkas, serius memang sangat kenyang sampai terpaksa bungkus bawa balik. Antara hidangan yang ada ialah aneka kek, cream puff, cheese tart, tapai, mee dan mee hoon goreng, nasi impit dan kuah kacang, aiskrim coki coki dan pelbagai jenis kuih muih dan buah-buahan.

    Sebelum berpisah, kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenangan bersama-sama. Masa ini pun dah ada rakan rakan yang pulang kerana ada majlis lain yang perlu dihadiri.

     

    Selaku tuan rumah, Mek ila ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakanyang sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Semoga ikatan ukhwah akan berkekalan dan berjumpa lagi kita di majlis-majlis yang akan datang.

    (Visited 56 times, 1 visits today)

    Categories: Family Arif

    Tags: ,

    One thought on “Seronoknya Bersama di Majlis Ramah Mesra Group Mommy Havoc di Homestay Papa Der, Semenyih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge