• Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee

    Hai Assalamualaikum pembaca semua.
    Selamat berhujung minggu dan Salam Aidiladha. Aidiladha sememangnya mengajar kita akan erti pengorbanan. Pengorbanan sebenar yang dimaksudkan adalah kita sanggup berbuat apa sahaja dan berjuang dalam apa jua perkara bagi mencari keredhaan Ilahi, InsyaAllah.

    Pada kali ini, Mek ila nak berkongsi kisah gembira Puan Sya Norizah tentang ibunya yang kini beransur pulih daripada penyakit kanser payudara tahap 2.

    Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee

    Alhamdulillah wa syukurillah. Inilah cinta hati saya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Disebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor. Di sebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik, terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi.

    Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut. Siapalah kita sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut, hanya doa menjadi iringan. Hamba redha ya Allah.

    Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.

    Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20 sen di bahagian dada kiri disahkan positif sel kanser. Almaklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu, namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

    Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau. Hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu. pada anak-anak pula? Kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak-anak. Betapa kuatnya semangatmu mak, jagakan mak buat kami Ya Allah.

    Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama. Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri. Sedih hati kami melihat keadaan mak. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu.

    Setelah itu, bermula lah episod mencabar buat mak selepas pembedahan. Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga. Diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik. Alhamdulillah elok dan cantik lukanya.

    Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu, rambut da mula gugur, otot2 dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk. Dimasukkan ke wad kerana tidak cukup darah, sungguh-sungguh diuji, ampunkan mak Ya Allah.

    Akhirnya habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi. Masa tu birthday mak kalau tak silap, hadiahkan mak Vivix. Terharu mak kata, sebab kami sayang mak tau. Selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. Almaklum la kan immunity rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat.

    Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser. Terima kasih Allah.

    Sehingga sekarang mak sayang sangat- sangat pada vivixnye tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya. Doakan mak sihat ye semua, tak kenal maka tak cinta tau.Mak kata sharing ni boleh bantu orang yang senasib dengannya. Terima kasih shaklee bawa harapan baru buat mak.

    Puan Sya Norizah – kredit Super Mom

    Memang sedih membaca kisah Puan Sya Norizah. Hakikatnya tiada apa yang lebih menggembirakan bila melihat ibu yang kita sayang sentiasa sihat dan gembira. Baca lagi di sini untuk mengetahui bagaimana Vivix membantu pesakit kanser di samping menjalani rawatan yang diberikan oleh pihak hospital.

    Nak dapatkan Vivix Shaklee?
    Hubungi Mek ila
    Mek ila
    http://wasap.my/60136751381

    (Visited 18 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , , , , , , ,

    2 thoughts on “Gembiranya Hati Si Anak Bila Kanser Payudara Emak Tahap 2 Beransur Pulih Selepas Amalkan Vivix dan Supplemen Shaklee

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge