• Terseksa Sebab Sembelit? Ketahui 4 Tips Mudah Untuk Elakkan Sembelit Terus Berlaku.

    Hai mama dan papa semua.

    Apa khabar? Semoga terus sihat dan ceria di samping kita menjalankan aktiviti seharian. Untuk enry kali ni, Mek ila nak kongsikan beberapa tips untuk bantu mereka yang ada masalah sembelit. Memang tension juga kalau terkena masalah sembelit ni. Dah lah berhari hari tak membuang, bila dah tiba masa, nak membuang pun masih susah. Terpaksa bertapa lama lama di bilik air sampai adakalanya pintu bilik air pun kena ketuk.

    Ketahui Mengapa Sembelit Yang Berterusan Boleh Membahayakan

    Menurut Dr Zubaidi, sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar menjadi perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur. Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar. Oleh yang demikian, sembelit yang berterusan boleh mendatangkan bahaya kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula.

    Jadi tidak hairanlah jika 0rang yang lama mengalami sembelit akan merasakan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Malah sembelit juga dikatakan boleh mendatangkan masalah kepada penurunan aktiviti seksual. Sembelit juga akan menghalang gas dalam usus dikeluarkan sebagai kentut. Ini menyebabkan perut menjadi kembung dan akhirnya tidak selesa. 

    Sebab itulah kadang-kadang najis kita juga akan berbau lebih kuat apabila masalah sembelit berlaku terutamanya pada anak-anak. Kalau sebut tentang sembelit anak, ibu-ibu macam Mek ila ni memang dah biasa bab bau-bau yang lebih wangi dari biasa ini, hahaha. Tapi Ahamdulillah sejak Mek ila memberikan mealshakes pada anak-anak, masalah sembelit pun dah tidak berlaku lagi.

    4 Tips Mudah Atasi Sembelit Secara Semulajadi

    1. Minum Air Masak Yang Mencukupi. Air masak ni memang kita kena minum secukupnya mengikut berat badan. Nisbah pengambilan air masak yang disarankan ialah 25kg/berat : 1L air. Sebagai contoh jika berat badan kita ialah 50kg, maka kita disarankan minum air masak sekurang-kurangnya 2L sehari.

    2. Rajin makan buah-buahan berserat dan sayur sayuran.

    3. Buat aktiviti riadhah dan senaman selalu. Antara senaman paling digalakkan ialah menunggang basikal. Basikal tau, bukan motorsikal 🙂

    4. Elakkan minum kafein terlalu banyak dalam sehari, gantikan dengan jus buah-buahan yang lebih sihat dan kaya dengan serat.

    InsyaAllah, bila kita amalkan 4 tips di atas, masalah sembelit akan berkurangan. Kalau nak cuba supplemen pula, #Herblax Shaklee memang membantu. Herblax dihasilkan sepenuhnya daripada 9 tumbuhan herba terpilih termasuk daun senna yang digunakan secara turun temurun untuk masalah sembelit.

    Khasiat Herb-lax Shaklee 

    Antara khasiat Herblax Shaklee yang sangat disukai ramai ialah:-

    • Membantu Mengurangkan Masalah Sembelit
    • Membersihkan Najis Yang Tersekat
    • Meransang Usus Untuk Mempercepatkan Proses Pembersihan Secara Lembut
    • Membantu Mengempiskan Perut
    • Membantu mengembalikan Semula Proses Pembersihan Usus Secara Semulajadi

    Bila amalkan memang rasa badan akan rasa lebih ringan dan sihat, malah masalah sembelit pun akan beransur hilang apatahlagi bila kita jaga pemakanan dan rajin bersenam. Lega sangat apabila kita tidak lagi menanggung masalah sembelit yang bukan hanya menyakitkan malah boleh mengganggu aktiviti harian.

    Nak dapatkan Herb-lax Shaklee? Jom hubungi Mek ila sekarang. Sebotol Her-blax Cuma berharga RM57.50.

    Mek ila
    013-6751381
    http://wasap.my/60136751381

    (Visited 40 times, 1 visits today)

    Categories: Produk Shaklee

    Tags: , , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge