• Kerap Pedih Ulu Hati dan Sakit Dada, Antara Petanda Masalah GERD.

    Saya baru dua bulan mengalami  masalah angin teruk ni. Tapi rasa siksa sangat sampai ada hari yang tak boleh bekerja. Bila kena, saya memang banyak berbaring sebab sakit-sakit di bahagian dada, perut dan kepala. Pendek kata, satu badan pun sakit. Bernafas pun macam sesak, berdebar-debar dan perasaan cemas datang tiba-tiba. Ada kala sampai saya terfikir adakah saat kematian hampir tiba.

    Teringat lagi Mek ila tentang perbualan telefon bersama customer pada tiga bulan yang lalu. Seorang customer lelaki mengadu tentang masalah yang dialaminya. Bila berjumpa Doktor, Doktor mengandaikan beliau mengalami kombinasi masalah Gastrik dan GERD namun masih memerlukan pemeriksaan susulan di Hospital untuk mengesahkannya. Dalam masa menunggu pemeriksaan, beliau ada mencuba set GERD Shaklee setelah membaca keberkesanannya di internet.

    Ramai yang menganggap masalah angin dalam badan cuma masalah biasa namun penyakit ini boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan sekiranya dibiarkan berpanjangan. Malah kualiti kehidupan juga boleh terjejas apabila masalah GERD ini mula menguasai emosi dan perasaan kita.

    Apa Itu GERD dan Bagaimana Ia Terjadi?

    Ramai tidak menyedari, makanan pedas, berasid, berlemak dan berangin boleh memberi kesan tidak baik dalam tubuh. Namun, sukar untuk kita meninggalkannya disebabkan sudah menjadi kebiasaan. Namun, tahukah pembaca semua, pengambilan makanan ini secara kerap boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

    Apabila kita makan, makanan akan disalurkan dari mulut ke perut melalui tiub dipanggil esofagus. Pada penghujung esofagus iaitu sebelum bukaan perut, ada satu lingkaran otot dikenali sebagai sfinkter. Sekiranya fungsi sfinkter terjejas atau otot esofagus menjadi lemah, sfinkter tidak dapat tertutup dengan sempurna. Ini menyebabkan asid dan kandungan dalam perut naik semula (refluks) ke dalam esofagus.

    Asid perut mempunyai pH yang hampir sama dengan asid bateri. Apabila asid perut terkena esofagus dan ada kalanya naik semula ke mulut, ia akan menghakis saluran ini dan menyebabkan kesakitan. Kehadiran asid inilah yang menyebabkan seseorang mengalami masalah pedih ulu hati yang berpanjangan, loya, tekak tidak selesa dan sebagainya.

    Simptom GERD

    Antara symptom atau gejala yang sering berlaku pada pesakit GERD ialah:-

    • Pedih Ulu Hati – rasa sakit dan pedih di dada yang menular naik ke kerongkong
    • Rasa masam atau pahit di dalam mulut
    • Sakit dan tidak selesa di bahagian dada
    • Kembung perut dan rasa sakit di bahagian perut
    • Mudah sendawa
    • Batuk yang berterusan
    • Tidur mudah terganggu/ kerap terjaga di waktu malam
    • Mudah merasa sedih dan murung

    Kesakitan yang dialami oleh setiap pesakit juga adalah berbeza. Ianya dikatakan bergantung kepada kegagalan fungsi sfinkter dan jenis serta jumlah cecair yang dirembes daripada perut dan kesannya boleh meneutralkan air liur.

    Apa Beza Di Antara gastrik dan GERD?

    Ramai yang tidak dapat membezakan di antara GERD dan Gastrik. Kebanyakannya cuma menganggap bahawa GERD adalah lebih teruk daripada gastrik. Hakikatnya GERD dan Gastrik boleh menyerang bersama atau pesakit boleh mendapatnya secara berasingan. Secara ringkasnya GERD terjadi apabila asid yang berada di saluran perut tertolak naik ke ruang esofagus manakala gastrik pula berpunca daripada asid yang merosakkan dinding lapisan perut. Dalam erti kata lain, GERD adalah berkaitan dengan kerengsaan atau kesakitan di bahagian esofagus manakala gastrik pula berkaitan dengan kerengsaan di bahagian perut.

    Menurut kajian, selain daripada faktor pemakanan, tekanan perasaan (stress) dan juga masalah seperti obesiti mampu memburukkan lagi keadaan pesakit yang mengalami GERD. Oleh yang demikian pesakit amat disarankan untuk menjaga pemakanan dan menjalani gaya hidup yang lebih sihat seperti beriadah dan bersenam untuk meningkatkan kualiti kesihatan mereka. 

    Bagaimana Untuk Atasi Masalah GERD?

    Gejala GERD seperti pedih ulu hati dan memuntahkan semula asid perut biasanya dirawat dengan pelbagai ubat bergantung kepada tahap keterukan yang dialami pesakit. Pesakit juga akan disarankan untuk mengubah gaya hidup mereka seperti :-

    • Elakkan mengambil makanan dan minuman yang boleh memburukkan simptom seperti makanan pedas, berempah, berangin dan berasid.
    • Berhenti merokok jika pesakit seorang perokok
    • Kurangkan berat badan pada mereka yang obesiti
    • Makan dalam jumlah yang kecil secara kerap
    • Elakkan untuk terus tidur/berbaring selepas makan sekurang-kurangnya 2 jam.
    • Lakukan aktiviti riadhah seperti bersenam, berenang dll

     

    Pengambilan Vitamin Shaklee Untuk Masalah GERD

    Nasihat Mek ila, pertama sekali berjumpalah dengan Doktor untuk pemeriksaan dan dapatkan rawatan sepatutnya. Seterusnya kita berikhtiar dengan pengambilan supplemen untuk mengawal dan mengelakkan serangan GERD daripada terjadi lagi. Alhamdulillah kini ramai pesakit GERD mahupun gastrik yang telah menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan Vitamin Shaklee.

    Apakah Fungsi Setiap Vitamin Ini?

    Pengambilan Set vitamin ini dapat membantu pesakit GERD mahupun gastrik untuk mencegah masalah pedih hulu hati dan angin berlebihan dalam tubuh.

    ESP Shaklee 
    Sumber protein yang membantu menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat bagi menggantikan sel-sel lama yang rosak atau luka akibat dihakis oleh asid. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengelakkan pesakit makan secara berlebihan. Ramai yang mengambil ESP sebagai alas sarapan di awal pagi bagi mengelakkan perut mereka dimasuki angin akibat lewat mengambil sarapan. Sangat bagus diamalkan terutama ketika di bulan Ramadhan bagi membantu pesakit gastrik, GERD, ibu hamil mahupun ibu menyusu supaya kekal bertenaga walaupun berpuasa.

    Peppermint Ginger
    Mengandungi daun pudina, halia, jintan manis dan jintan hitam yang secara tradisional digunakan untuk melegakan masalah angin berlebihan, pedih ulu hati, perut sebu, melegakan otot perut dan memperbaiki masalah penghadaman.

    Alfafa Complex
    Alfafa Complex sangat digemari ramai kerana ia bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid berlebihan di dalam badan.

    Ostematrix Shaklee
    Mengandungi mineral penting kalsium, magnesium dan  vitamin D yang membantu meneutralkan asid berlebihan dan membantu mengurangkan kesan-kesan akibat asid berlebihan.

    Selain daripada set Vitamin ini, pesakit juga boleh mengambil Vitamin B Complex dan Omega Guard terutama kepada mereka yang mula mengalami masalah keresahan dan ketidakstabilan emosi akibat GERD.

    Jadi pada mereka di luar sana yang mengalami masalah yang sama, jangan mudah berputus asa. Cuma perlu ingat, supplemen bukan ubat ya, malah fungsi kedua-duanya juga sangat berbeza. Untuk dapatkan info lanjut, boleh hubungi Mek ila di whatsapp 013-6751381.

    Jumpa lagi dan semoga semua pembaca sihat-sihat selalu.

    Jom Baca: Kekal Sihat dan Bertenaga Ketika Berpuasa.

    (Visited 231 times, 1 visits today)

    Categories: Set Vitamin Shaklee

    Tags: , , , , , , ,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge