• Mek Ila

    Mek Ila Jual Vitamin adalah satu jenama yang mewakili Mek ila dalam bidang perniagaan dan penulisan blog. Mek ila atau lebih mesra dipanggil Ila oleh rakan-rakan merupakan ibu kepada  2 orang cahayamata dan tinggal di Semenyih.

    Kisah Mek Ila Dalam Dunia Shaklee
    Sebenarnya Shaklee bukanlah nama asing dalam hidup Mek ila sebelum ini. Mek ila telah mula mengenali  Shaklee hampir 15 tahun yang lalu kerana sahabat baik  dan abang Mek ila sendiri menjadi pengedar produk ini. Bila bekerja pula, boss Mek ila juga mengusahakan perniagaan ini walaupun tidak secara serius.

    Namun memang tidak pernah terlintas di hati Mek ila untuk mencuba atau menggunakan Vitamin ini kerana Mek ila memang jenis yang simple dan lebih sukakan sesuatu yang natural. Mek ila tidak menganggap Vitamin sebagai keperluan dan bagi Mek ila semua vitamin adalah sama. Ini kerana Mek ila tidak mendapat info atau penerangan yang jelas tentang Shaklee yang ternyata berbeza dengan supplemen lain di pasaran.

    Mentor Shaklee Anda

    Hanya apabila suami Mek ila dimasukkan ke Hospital akibat jangkitan kuman dan telah menerima rawatan IV antibiotik maksima non-stop selama 45 hari, barulah Mek ila tercari-cari ‘sesuatu’ yang dapat membantunya. Ini kerana selepas mendapat rawatan antibiotik selama 45 hari, tiada lagi rawatan yang boleh diberikan oleh pihak Hospital kepada suami Mek ila. Pakar Perubatan hanya memberikan  masa untuk tunggu dan lihat ‘seandainya suami Mek ila boleh survive’ daripada jangkitan kuman yang dialaminya. Isteri mana yang sanggup melihat suaminya begitu kan?

    Maka bermulalah pencarian Mek ila ke sana dan ke mari mencari keajaiban yang dapat membantu. Pelbagai cara Mek ila usahakan termasuk rawatan tradisional untuk memastikan suami kembali seperti sediakala apatahlagi anak-anak sememangnya sangat-sangat memerlukan ayah mereka ketika itu.  Dan Alhamdulillah, berkat pengambilan Vitamin Shaklee yang konsisten, suami Mek ila kembali menjalani rutin harian yang sama walaupun harus berjaga-jaga agar jangkitan kuman tersebut tidak lagi berlaku.

    Sejak itu Mek ila tidak lagi ragu-ragu dan ingin berkongsi kebaikan Shaklee dengan mereka yang memerlukan. Ini kerana Mek ila menyedari ramai lagi mereka di luar sana yang memerlukan keajaiban seperti suami Mek ila. Dan Mek ila amat bersyukur kerana semenjak itu ramai rakan-rakan dan juga pelanggan Mek ila yang telah menerima perubahan besar daripada Shaklee terutamanya dari aspek kesihatan mereka.

    Pendapatan Dengan Shaklee

    Shaklee bukan sahaja memberikan perubahan besar kepada kesihatan namun turut memberikan pulangan kewangan yang tidak dijangka kepada mereka yang sanggup berusaha. Jangan tidak percaya jika dalam beberapa bulan sahaja kita mungkin memperolehi pendapatan yang sama seperti makan gaji walaupun dengan hanya bekerja dari rumah. Itu hanyalah permulaan dan seterusnya gapailah impian kita semua dengan pendapatan tidak terhad yang lebih luar biasa. Jika anda semua juga mempunyai impian yang sama, hubungilah Mek ila dan Mek ila dengan sukacitanya akan membantu anda semua untuk berjaya bersama-sama.

    Mek ila – Pengasas Group VMama

    Mek ila adalah pengasas group VMama, salah sebuah group di dalam Wahmillionaire dan juga Ireach. Alhamdulillah menjalankan perniagaan di bawah group yang terbaik sangat-sangat membantu dalam memajukan perniagaan ini.

    Kami menyediakan pelbagai peluang dan latihan dalam talian terutamanya di group telegram untuk anda yang ingin berjaya di dalam perniagaan ini. Latihan secara dalam talian amat diutamakan bagi memastikan ahli ahli kami di seluruh Malaysia dapat memperolehi pelbagai ilmu yang berguna tanpa perlu hadir ke kelas. Selain kelas secara online, kelas secara offline juga disediakan mengikut keperluan.

    Salam Sayang:
    Mek ila Jv
    Founder of VMama
    raikankasih.com
    Call/ Whatsapp  : 013-6751381

    (Visited 451 times, 1 visits today)

    3 thoughts on “Mek Ila

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge